C. Menzahirkan kekeramatan
عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Sunday, February 22, 2009
Wali dan Keramat
C. Menzahirkan kekeramatan
Ulama Penyuluh Ummah
.
Asal Usulnya Ulama ini dikatakan berasal dari Inderagiri, Sumatera. Ketika ramai orang-orang Minangkabau berhijrah ke negeri ini dalam abad ke 19, Haji Darun bin Haji Ibrahim turut menyertainya selepas mendalami ilmu agamanya di Periaman dan Padang Panjang di Bukit Tujuh Sumatera. Beliau dilahirkan dalam tahun 1840. Bapanya juga dikatakan ulama besar waktu itu. Haji Darun dinyatakan satu zaman dengan Tok Ku Luak Rembau datang dari Minangkabau. Tok Ku ini adalah sahabat karib Haji Ibrahim iaitu bapa kepada Haji Darun ini. Menurut ceritanya, Tok Ku ini berhijrah kerana menjauhkan diri dari tekanan kuasa adat di negerinya ketika itu.
.
Berhijrah
Haji Darun sampai ke Semenanjung Tanah Melayu dalam tahun 1880 iatu ketika usianya menjangkau 40 tahun. Beliau bermukim di Semenyih, Selangor yang turut menjadi perkampungan orang-orang Minangkabau. Selepas beberapa tahun mengajar agama di Semenyih dan kawasan sekitarnya, Almarhum Tuanku Muhamad YDP Besar menjemput ulama ini ke istana sebagai guru agama dan mengajar agama. Sebagaimana yang dimaklumi kerabat diraja Seri Menanti amat berminat dengan ilmu agama ketika itu. Salah seorang kerabat raja iaitu Tunku Besar Burhanudin belajar agama dari ulama ini sehingga dikatakan alim pula.Beliau turut mengajar agama di serata Daerah Kuala Pilah. Ramai anak-anak muridnya ternama dan alim seperti Haji Zakaria @ Tok Guru Galau dan Allahyarham Kadhi Haji Sulaiman Seri Menanti. Dalam masa hayatnya, ulama berjasa ini telah empat kali menunaikan haji dan mengajar di sana selama setahun. Kali terakhir beliau menunaikan haji dalam tahun 1934. Beliau juga ada balik ke Inderagiri beberapa kali menziarahi sanak saudaranya. Haji Darun ini dikatakan mempunyai karamah tertentu dan sangat dihormati oleh kerabat diraja dan penduduk negeri ini.
.
Meninggal Dunia
Setelah berbakti dalam bidang agama dan dakwah, beliau mengakhiri hayatnya dalam usia 109 tahun dalam tahun 1949 dan disemadikan di Seri Menanti. Orang alim ini meninggalkan sebuah kitab tasawuf bertulis tangan setebal 1000 muka yang dikarang oleh bapanya Haji Ibrahim. Dikatakan kitab ini telah berusia lebih 180 tahun ( jika dikira sehingga tahun 2003). Kitab bersejarah itu ada dalam simpanan anaknya Tuan Haji Abdul Latiff ( mengikut catatan Sdr Nawawi Haji Indek dalam tahun 1971). Pada 21 Februari 2005, penyusun berjaya mengesan cucunya bernama Puan Norzie Abdul Latif di Kuala Lumpur dan sempat berbual mengenai datuk dan bapanya. Beliau sekeluarga masih mencari kitab tasawuf tersebut selepas peninggalan bapanya.Menurut Norzie, bapanya Haji Abdul Latif juga seorang guru agama yang aktif masa hidupnya dan telah mendapat asuhan secara langsung dari bapanya. Beliau juga dikatakan mempunyai kelebihan berbentuk zahiriah sebagaimana yang dilihat sendiri oleh anak-anaknya.
.
Haji Ahmad Zain Dagang ( 1866 – 1959)
.
Asal Usul
.
Ulama ini berasal dari kawasan Mandailing, Sumatera. Dilahirkan dalam anggaran tahun 1866. Beliau belayar menyemberangi laut Selat Melaka untuk mengaji agama di Pondok Langgak ( Langgar ?) Kedah. Di sana beliau mengaji dengan Tuan Guru Haji Shaari Langgak selama 7 tahun.
.
Berkampung
.
Ketika di Kedah, beliau berkawan rapat dengan Lebai Yatim bin Selat anak tempatan Johol. Lebai ini telah memperlawa Haji Ahmad supaya datang ke Johol dan akhirnya beliau bertemu jodoh. Dikhabarkan bahawa beliau tidak pernah balik ke kampung halamannya sejak datang ke Tanah Melayu. Di sinilah beliau berkampung sehingga akhir hayatnya.
.
Mengajar
.
Haji Ahmad Dagang mendapat tauliah mengajar agama bagi masjid-masjid dan surau sekitar Kuala Pilah dan Daerah Tampin dari Undang Johol Dato' Wan Omar yang menjawat jawatan itu tahun 1901 hingga 1918. Di Segamat pula beliau mendapat tauliah dari Sultan Johor.Meninggal DuniaBeliau meninggal dunia ketika berumur 93 tahun ( 1959) di Johol. Kampung tempat beliau menyemenda ( berkahwin dengan gadis tempatan) ialah Kampung Paya. Menurut riwayatnya, beliau masih bertutur loghat Mandailing walaupun telah lama tinggal di Negeri sembilan.
.Haji Abdul Majid Haji Ibrahim ( 1850 – 1909)
.
Dalam zaman Undang Luak Johol ke 7 iaitu Dato' Saeto yang memegang kuasa dalam 1840 – 1901 lahir seorang anak lelaki pada tanggal 1850an di Kampung Gubah, Masjid Tua Johol. Anak ini dinamakan Abdul Majid bin Haji Ibrahim. Mengikut kisahnya beliau telah pergi ke Kota Bahru untuk mendalami pengajian agama di sana secara memondok selama 8 tahun. Tidak diketahui pula dengan siapa dan di mana pondok beliau berguru. Kemudiannya beliau belayar pula ke Mekah dalam tahun 1888 dan meneruskan pengajiannya selama 12 tahun pula. Jika dalam tempoh ini, pastinya beliau sezaman dengan beberapa tokoh ulama terkenal negeri ini seperti Haji Mustaffa Haji Ahmad Al Linggi, Sheikh Haji Muhamad Said dan diluar pula seperti Tok kenali, Tok Senggora dan Tok Kemuning dari kelantan. Zaman akhir abad ke 19, ramai penuntut-penuntut agama dari Tanah Jawi berkampung di Mekah mengaji agama.
.
Balik Kampung
.
Apabila kembali ke tanahairnya awal tahun 1900an, Haji Abdul Majid mula mengerjakan kegiatan dakwah dan membuka pondok pengajian di Kampung Eyor, Air Mawang Johol. Seperti ulama lain zaman itu, tugas mereka begitu berat untuk mendidik dan membenteras perbuatan khurafat atau bidaah yang menyelubungi masyarakat waktu itu. Allahyarham Haji Abdul Majid juga mengajar di masjid dan surau - surau dalam mukim Johol. Kitab-kitab yang kerap diajarkannya ialah seperti Darul Samin, Darul Napis dan lain-lain lagi. Pengajarannya telah membuka minda penduduk untuk menghayati agama dan jasanya masih diingati hingga sekarang. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1909 ketika berumur 60 tahun. Menantu beliau bernama Haji Mustaffa Haji Ahmad seorang ulama terbilang di Linggi meneruskan perjuangannya bagi penyibaran ilmu agama. ( baca riwayat hidupnya dalam segmen Ulama Luak Sungai Ujung).
.Haji Hassan Basir ( 1915 – 1978)
.
Latar Belakang
Tokoh ini berasal dari Kampung Sungai Jelutong , Mukim Ulu Jempol dalam Daerah Kuala Pilah. Dikenali sebagai Tuan Haji Hassan Basir atau nama penuhnya Hassan bin Basir bin Julat. Ibunya bernama Judah binti Deli. Haji Hassan lahir dalam tahun 1915. Beliau adalah anak tertua dari lima adik beradik. Adik-adiknya bernama Sulaiman, Sirak, Jaharah dan Haji Abdul Aziz . Bapanya bertanggung jawab secara langsung dalam mendidik anaknya ini kerana selepas memberi pendidikan asas, beliau telah menghantar Haji Hassan dalam usia belasan tahun ketika itu menuntut di Bukit Tinggi, Minangkabau Sumatera. Peliknya, beliau telah menjuruskan Haji Hassan untuk menuntut 'ilmu dunia' terlebih dahulu sebelum mengaji agama sehingga khatam.Menurut adiknya Tuan Haji Abdul Aziz Basir, abang telah menuntut '"lmu dunia" seperti ilmu perdukunan, kebatinan dan persilatan. Difahamkan beliau berupaya membuat lipan atau ular jadian dari ilmu yang dituntutnya. Selepas tamat berguru itu barulah beliau memulakan pengajian dalam bidang agama di Pasentran Bukit Tinggi. Butir-butir lanjut tempat pengajiannya sukar diperolehi kerana tiada maklumat jelas. Setelah mengaji agama ini, Allahyarham Tuan Haji Hassan mampu membezakan " ilmu hitam dan ilmu putih" dan beliau akhirnya alim dalam bidang agama.
.
Balik Kampung
Sekembalinya di kampung asalnya, beliau telah berkahwin dengan gadis sekampung bernama Somi binti Ahmad. Hasil perkahwinannya, beliau mendapat ramai anak tetapi ramai pula anak-anaknya meninggal dunia masa kecil. Anak-anak yang hidup menjadi pengubat lara mereka antaranya bernama Rosnah, Samsidar, Roslina , Norhayati , Roshidah dan Haji Nasarudin ( dikenali dengan nama 'Udo' ). Di kampung, beliau membuka kedai runcit dan sebuah surau untuk mengajar anak-anak belajar agama. Surau tersebut bersebelahan dengan rumahnya. Kanak-kanak yang datang mengaji biasanya akan tidur di surau. Sebelum waktu maghrib, mereka akan berduyun-duyun 'balik surau'. Mereka terlebih dahulu bergotong royong mengambil air perigi untuk memenuhkan tempayan dan membersihkan surau. Beliau benar-benar komited dalam mendidik kanak-kanak tersebut. Apabila mendengar kanak-kanak tersilap membaca Al Quran, Allahyarham akan menegurnya walaupun waktu itu beliau berada dalam rumahnya. Menurut Haji Abdul Aziz, beliau dan kanak-kanak lain cukup kecut perut ( takut) dengan Haji Hassan. Miskipun tidak pernah merotan budak-budak tetapi beliau semacam ada 'penggering' yang mampu menakutkan mereka. Menjelang subuh, sesiapa yang lewat atau liat bangun sholat berjemaah akan disimbah dengan air dari tempayan. Mereka kemudianya pergi pula bersekolah rendah yang terletak bersebelahan rumah Haji Hassan.
.
Membina Sekolah
Kerana prihatin dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak di kampungnya, Allahyarham Haji Hassan telah mewakafkan sebahagian tanahnya yang bersebelahan rumahnya untuk didirikan sebuah sekolah. Dengan bantuan penduduk kampung dan budak-budak yang mengaji dengan beliau, mereka telah membina sekolah. Haji Abdul Aziz menceritakan kisah mereka bergotong royong tidak kira siang dan malam untuk meratakan tanah tapak sekolah. Mereka menggunakan belulang kulit kerbau untuk menarik tanah waktu itu. Dianggarkan sekolah ini mula beroperasi di awal tahun 1950an. Sekolah Melayu ini kemudiannya diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Jelutong. Allahyarham Haji Hassan Basir turut dilantik sebagai guru agama di sekolah ini.
.
Peringkat awalnya, sekolah baru ini beratapkan rumbia dan meja serta bangkunya diperbuat dari buluh sahaja. Bapa penyusun, Allahyarham Cikgu Baharuddin bin Muhamad ( 1927 – 1985) adalah salah seorang Guru Besar sekolah ini. Beliau mula bertukar ke sekolah ini dalam pertengahan tahun 1965. Penyusun turut bertukar ke sekolah ini dalam tahun 1966 dalam darjah dua. Ketika itu bangunan sekolah baru, sebuah rumah guru dan kantin telah dibina. Bangunan lama masih berdindingkan papan tetapi masih boleh digunakan. Penyusun masih ingat padang sekolahnya belum sempurna lagi kerana berlopak-lopak dan menjadi kubang kerbau.
Photo: Menteri Pelajaran En. Khir Johari merasmikan bangunan sekolah baru SK Sg Jelutong tahun 1967. Haji Hassan Basir di belakang menteri dalam tanda bulatan.
.
Berbagai aktiviti untuk memperindahkan sekolah dan meningkatkan tahap pendidikan murid-murid telah dilaksanakan. Sudut makmal sains dan mini zoo turut disediakan. Pernah murid-murid sekolah dikerahkan melapah seekor harimau akar kulitnya dijadikan koleksi sudut sains sekolah kami. Haji Hassan pernah bercerita kepada murid-murid sekolah kisah pengalamannya di Bukit Tinggi, Sumatera. Beliau selalu diusik hantu yang kerap menjelma ketika beliau pergi atau pulang dari pusat pengajiannya. Kerana marah dengan gangguan itu, suatu hari beliau telah membakar muka hantu itu dengan suluh daun kelapa sehingga terbakar janggut hantu. Mungkin kejadian itu ada kena mengena dengan ujian mengaji ilmu dunia yang dipelajarinya.
.
Peribadi
Pada hemat penyusun, Allahyarham Haji Hassan seorang yang mudah mesra dan peramah bila bertemu seseorang yang sealiran dengannya. Ini kerana beliau kerap berbual panjang dengan bapa penyusun dalam pejabat Guru Besar. Banyak rahsia perjuangan masa lampau dari mereka berdua, terutamanya berkisar tentang gerakan memperjuangkan martabat bangsa dan tanahair. Bapa penyusun sendiri adalah bekas pelajar sekolah Jepun di Kua Gakuin Saimon Road, Singapura dalam tahun 1945. Menurut ibu penyusun, beliau aktif dalam gerakan pro-kemerdekaan dan mungkin terlibat dalam Kesatuan Melayu Muda ( KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob kerana banyak gambar-gambar lamanya dengan tokoh ini. Haji Abdul Aziz Basir memberi tahu bahawa abangnya Haji Hassan pernah ditahan tiga bulan oleh Penjajah British kerana disyakki terlibat dengan peristiwa kebangkitan orang-orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
.
Selepas tamat perang dalam tempoh 14 hari iaitu 15 Ogos hingga 30 Ogos 1945 sebelum Tentera Berikat kembali menguasai Tanah Melayu, kumpulan Tentera Bintang Tiga yang dianggotai ramai kaum Cina telah bermaharajalela membuat kacau bilau. Tempoh tersebut merupakan satu suasana vacuum kerana tiada mana-mana kerajaan yang memerintah kecuali Kumpulan Bintang Tiga. Golongan ini telah membalas dendam terhadap penyokong Jepun dan sesiapa yang dianggap talibarut. Peristiwa itu mencatat sejarah kerana ramai orang-orang Melayu yang dianggap pro Jepun atau mangsa balas dendam peribadi menjadi sasaran. Datuk penyusun sendiri telah hilang atau dibunuh oleh Bintang Tiga ini. Akibat tekanan yang mendesak ini, orang-orang Melayu dibanyak tempat dan tidak terkecuali Kawasan Ulu Jempol ini telah bersatu dan bangkit menentang Bintang Tiga. Peristiwa Perang Batu Kikir dianggap kemuncak 'bertemu buku dengan ruas' di mana hampir sebahagian besar penduduk menyertai gerakan sehingga terakam peristiwa berdarah ini dalam lipatan sejarah pergolakan antara kaum waktu itu.
.
Sebelum kejadian Tragedi 13 Mei pula, Allahyarham pernah meramalkan bahawa negara akan dilanda suatu bala' dan menyarankan penduduk kampung berwaspada. Peringatan itu disampaikan oleh beliau di Kilang Mesin Padi Simpang Sungai Jelutong yang menjadi tempat penduduk kampung berkumpul.
Bersara
Selepas bersara, Haji Hassan mengajar agama di beberapa buah masjid dalam Kariah Mukim Ulu Jempol. Allahyarham Haji Hassan telah beberapa kali menunaikan fardhu haji dan terakhir selepas beliau bersara wajib dari perkhidmatan. Beliau juga kerap dikunjungi orang untuk berubat dan dikatakan pandai mengubat atau mengawal orang-orang yang berpenyakit gila. Beberapa orang anak cucunya berjaya melanjutkan pendidikan hingga ke Azhar dan Madinah dalam jurusan agama. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1978 dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Ghalib, Sungai Jelutong. Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Jelutong yang diasaskannya telah ditutup dalam tahun 1980an kerana bilangan murid-murid di sekolah ini telah berkurangan. Ramai anak-anak muda dan penduduk kampung telah berhijrah keluar terutama apabila pembukaan kawasan baru Felda.
.
Usaha membangunkan semula sekolah
Dalam tahun 1995, penyusun bersama Tuan Haji Abdul Aziz Basir iaitu adik Allahyarham Haji Hassan telah merancang untuk menjadikan bekas sekolah berkaitan Maahad Tahfiz di bawah pengurusan Madrasah Annuriah, Sungai Udang Melaka. Jawatankuasa penaja dari Kampung Sungai Jelutong telah membuat lawatan ke Annuriah bagi maksud tersebut. Lawatan balas pihak Annuriah juga berlaku di mana Tuan Guru Haji Jaliluddin Abdul Wahid, mudir Annuriah menunjukkan komitmennya untuk membantu menubuhkan maahad ini. Menariknya, perbezaan kefahaman politik antara beberapa penaja dengan Haji Jaliludin selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka tidak menjadi halangan untuk menjayakan usaha murni itu. Malangnya, permohonan menggunakan bekas sekolah tidak diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Negeri kerana mereka ingin menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat latihan. Kini, bekas sekolah ini dikenali Kem Pusako di bawah kendalian Pejabat Pendidikan Daerah.
layari : http://afdhal2004.blogdrive.com/.
Sheikh Ahmad Mahktum ( 1400 - 1467 )
.
Batu Bersurat
Batu Bersurat ( batu nesan) yang ditemui Kota Kempas atau Pengkalan Kempas kira-kira 150 tahun lalu membuktikan Linggi telah lama dijejaki oleh ulama dalam menyibarkan Islam di nusantara ini. Pusara Sheikh Ahmad Makhtum di Sungai Udang, Pengkalan Kempas terletak kira-kira 23km dari bandar Port Dickson. Batu ini bertarikh tahun 850 Hijrah atau bersamaan tahun 1467 Masihi iaitu zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Islam Melaka di bawah pemerintahan Kesultanan Mansor Syah.
.
Pusara Sheikh Ahmad Makhtum ini dikatakan telah dijumpai oleh mertua Tuan Guru Lebai Abbas Zakaria ( riwayat hidup Tuan Guru ini ada dipaparkan dalam koleksi ini) ketika beliau menebang hutan untuk membuat ladang bercucuk tanam di sana. Para peneroka tanah zaman itu telah mengambil inisiatif untuk membersihkan pusara ulama ini.
.
Photo: Batu Bersurat
.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
.
Sheikh Ahmad Mahktum mungkin dilahirkan dalam awal tahun 1400an dan belayar ke sini untuk berdakwah dan berdagang. "Batu Bersurat" mengandungi fakta sejarah dan kegigihan ulama ini dalam menyibarkan dakwah Islamiah. Catatan sejarah menyatakan dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, baginda melaksanakan dasar pengluasan empayar Melaka dan penyibaran agama Islam. Antara kawasan taklukan Melaka waktu itu ialah Selangor, Bernam, Perak, Pahang, Kampar, Siak Singapura, kepulauan Bentan dan sekitarnya.
.
Para orientalis seperti Tom Pires menulis tentang kegemilangan dan dasar pengislaman baginda. Antara lain mengatakan :
.
"Baginda mengambil semua puteri yang cantik-cantik daripada saudagar-saudagar Parsi serta Keling dan menjadikan gundik baginda, mengislamkan mereka sebelum berkahwin dan mengahwinkan mereka dengan anak-anak menteri dan disertakan mas kahwin, dan adat perkahwinan berlainan kaum ( kahwin campur) tidak menghairankan di Melaka."
.
Dasar 'Marriage of convenience' yang juga bermaksud politik ini dikira mempercepatkan Islamisasi kawasan taklukan Melaka. Sultan Mansur turut memuliakan alim ulama dan baginda sendiri belajar ilmu agama hingga ke tahap ilmu tasawuf. Zaman baginda juga kerja menterjemahan kitab-kitab agama dari Arab dilakukan seperti kitab Ad Durrul Manzum karangan Maulana Abu Ishak dari Mekah. Penterjemah kitab inilah Makhdum Patakan di Pasai.
Sehubungan itu, nama Makhdum atau Makhtum ini mungkin serasi atau dikenali sebagai orang alim dari tanah Arab. Ini kerana dalam "Salasilah Sulu" ada juga mencatatkan pendakwah tanah Arab bernama Karim Al Makhdum ( kemudiannya dikenali Tuan Syarif Aulia) datang ke pulauan Sulu untuk memperteguhkan Islam di sana. Berdasarkan rakaman bertulis Ibnu Battuttah yang pernah singgah di nusantara dalam tahun 1300an, dilaporkan sudah ada kalangan para pendakwah dari tanah Arab yang bermukim dibeberapa penempatan di sini.
.
Terdapat dakwaan juga yang mengatakan Sheikh Makhtum ini berasal dari Benua India. Kalau berdasarkan namanya, kita mungkin cenderung untuk menganggap beliau berketurunan Arab. Bagi sumber-sumber dari Sumatera pula mendakwa Sheikh Ahmad ini berasal dari Minangkabau. Nawawi Haji Indek menyatakan bahawa beliau pernah bertemu seorang tua yang telah lanjut usia ( 91 tahun) bernama Haji Hussin bin Zainuddin atau dipanggil Haji Mat Kulum, orang tua ini mendakwa ulama tersebut dari Patani kerana tulisan di batu nesannya banyak menyamai dengan tulisan di perkuburan Patani. Berdasarkan tahun di Batu Bersurat ini maka diyakini agama Islam telah tersibar di kawasan Linggi atau negeri ini amnya ketika zaman kegemilangan kesultanan Melaka.
.
Kerancakan pengajaran agama Islam hanya dapat dikesan di awal abad ke 19 sahaja ketika zaman Dato' Kelana Bahai ( 1800- 1830an) dan Dato' Muda Linggi Jeragan Abdul Rahman. Zaman itu lahirlah tokoh – tokoh ulama terkenal seperti Haji Idris bin Haji Mokmin bin Nakhoda, bapa kepada Sheikh Haji Jamaludin Idris. Keturunan dan anak murid mereka telah banyak merakamkan sejarah tentang kegigihan ulama dalam menyampaikan ilmu Islam di negeri ini.
Thursday, February 19, 2009
Church terbesar sedang dibina
Kepada saudara dan saudari se-Islam denganku. Tahukah anda apa yang sedang rancak dibina di Bukit Jalil?? Ketahuilah bahawa Kristian di Malaysia sedang giat membina sebuah gereja yang dinamakan..
Sumber: http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html dan http://www.calvary.org.my/
Wednesday, February 18, 2009
Monday, February 16, 2009
Bukti Obama Seorang Yahudi
1. Barrack, nama pertama Obama, adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel Ehud Barak juga mengambil nama pertamanya "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk sinagog.
(Obama didampingi oleh seorang Master Jew)
3. Obama mendapat sejumlah 77% suara dari Yahudi ketika pemilihan umum AS kemarin . Tahun 2004, John Kerry hanya mendapat 74% suara dari pemilih Yahudi. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat suara Yahudi yaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak suara Yahudi di Connecticut dan Massachusetts . Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel .
(sa/berbagaisumber)
Friday, February 6, 2009
Berbagai Petua Berguna
Tangani Penyakit Cara RasulAlllah
Usah menyengetkan badan di satu arah ketika makan kerana ia menghalang makanan daripada memasuki saluran yang betul dan cepat sampai ke perut.
Usah minum air sekali teguk, sebaliknya berhenti sekejap, tarik nafas dan minum lagi. Nabi sendiri minum dengan tiga kali hirupan. Ia bukan saja dapat menghilangkan haus dengan lebih baik, malah air dirasa lebih enak dan menyihatkan organ hati dan perut.
Cara terbaik tidur ialah memusingkan badan ke kanan agar makanan berada dalam keadaan selesa di dalam perut oleh kerana perut condong ke arah kiri di dalam badan.
Orang Islam dilarang melakukan seks melalui dubur kerana membahayakan kesihatan lelaki dan wanita. Dubur juga ialah tempat yang kotor dan ia juga perbuatan hina dan merangsang kejahatan.
Wangi-wangian ialah santapan untuk jiwa. Ia membantu menenangkan hati. Malaikat menyukainya manakala syaitan membencinya kerana syaitan menggemari bau busuk.
Air hangat mengembangkan perut dan air hangat yang telah menjadi air jarang lebih baik daripada air hangat baru. Air sejuk lebih baik daripada air hangat di dalam tubuh kerana ia membersihkan darah dan membuat kepala rasa ringan. Namun, air terlalu panas dan terlalu sejuk membahayakan saraf dan kebanyakan organ.
Ia membantu melegakan banyak penyakit dan penyakit kulit. Minum air laut membahayakan kerana boleh menyebabkan cirit-birit, melemahkan badan, menyebabkan gatal dan haus.
Tuesday, February 3, 2009
Khasiat Madu Lebah
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.
Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.
Monday, February 2, 2009
Mengapa HAMAS tolak genjatan senjata?
Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata.
[1] Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.
[2] Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh Resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.
[3] Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah. Ini yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi: "Rakyat Gaza ada 2 pilihan; Sama ada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengeboman." Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak munasabah ini.
[4] Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi, jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.
[5] Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi Majlis Keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?
[6] Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh Hamas. Ingat, jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. Israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di Gaza. Apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan dan sekuriti Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang Palestin.
Moga penerangan di atas dapat mencerahkan kefahaman kita.
Wahai rakyat Malaysia, wahai rakyat Palestin! Jiwa kita bersatu, sehinggalah bumi Al-Quds dibebaskan dari cengkaman Zionis yang zalim berserta sekutunya.
Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
Palestine Center of Excellence (PACE)