عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Friday, February 6, 2009
Berbagai Petua Berguna
Tangani Penyakit Cara RasulAlllah
Usah menyengetkan badan di satu arah ketika makan kerana ia menghalang makanan daripada memasuki saluran yang betul dan cepat sampai ke perut.
Usah minum air sekali teguk, sebaliknya berhenti sekejap, tarik nafas dan minum lagi. Nabi sendiri minum dengan tiga kali hirupan. Ia bukan saja dapat menghilangkan haus dengan lebih baik, malah air dirasa lebih enak dan menyihatkan organ hati dan perut.
Cara terbaik tidur ialah memusingkan badan ke kanan agar makanan berada dalam keadaan selesa di dalam perut oleh kerana perut condong ke arah kiri di dalam badan.
Orang Islam dilarang melakukan seks melalui dubur kerana membahayakan kesihatan lelaki dan wanita. Dubur juga ialah tempat yang kotor dan ia juga perbuatan hina dan merangsang kejahatan.
Wangi-wangian ialah santapan untuk jiwa. Ia membantu menenangkan hati. Malaikat menyukainya manakala syaitan membencinya kerana syaitan menggemari bau busuk.
Air hangat mengembangkan perut dan air hangat yang telah menjadi air jarang lebih baik daripada air hangat baru. Air sejuk lebih baik daripada air hangat di dalam tubuh kerana ia membersihkan darah dan membuat kepala rasa ringan. Namun, air terlalu panas dan terlalu sejuk membahayakan saraf dan kebanyakan organ.
Ia membantu melegakan banyak penyakit dan penyakit kulit. Minum air laut membahayakan kerana boleh menyebabkan cirit-birit, melemahkan badan, menyebabkan gatal dan haus.
Tuesday, February 3, 2009
Khasiat Madu Lebah
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.
Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.
Monday, February 2, 2009
Mengapa HAMAS tolak genjatan senjata?

Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata.
[1] Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.
[2] Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh Resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.
[3] Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah. Ini yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi: "Rakyat Gaza ada 2 pilihan; Sama ada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengeboman." Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak munasabah ini.
[4] Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi, jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.
[5] Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi Majlis Keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?
[6] Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh Hamas. Ingat, jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. Israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di Gaza. Apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan dan sekuriti Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang Palestin.
Moga penerangan di atas dapat mencerahkan kefahaman kita.
Wahai rakyat Malaysia, wahai rakyat Palestin! Jiwa kita bersatu, sehinggalah bumi Al-Quds dibebaskan dari cengkaman Zionis yang zalim berserta sekutunya.
Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
Palestine Center of Excellence (PACE)
Monday, January 12, 2009
101 Alasan Mengapa wanita perlu Pakai Jilbab
Sunday, December 28, 2008
Memilih Minyak Masak Yang Baik
Minyak masak boleh dihasilkan dari berbagai sumber seperti kelapa, kelapa sawit, jagung, soya, kacang dan bermacam lagi. Harganya pula berbeza-beza dan warna juga agak berlainan di antara satu jenis dengan jenis yang lain. Ada yang warnanya lebih pekat atau gelap, ada pula yang warnanya kekuningan dan hampir jernih. Warna ini tidaklah menunjukkan kualiti minyak itu sendiri. Tetapi tahukah anda apa perbezaan di antara minyak masak yang dihasilkan dari sumber-sumber yang pelbagai ini? Bagaimana untuk memilih minyak yang terbaik di antara semua jenis minyak ini.
Sebenarnya jenis-jenis minyak masak ini ada yang boleh memberi faedah kepada manusia dan sudah tentu juga yang membahayakan. Antara minyak masak yang baik untuk kesihatan ialah minyak zaitun (olive oil), minyak bunga matahari, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak dedak padi, minyak flaxseed dan lain-lain. Minyak kelapa sawit sebenarnya kurang berkhasiat kerana kandungan lemak tepunya adalah tinggi.
Lemak Tak Tepu, Lemak Trans & Lemak Tepu
Untuk memilih minyak masak yang baik, anda perlu membelek label nutrisi pada botolnya. Perhatikan komposisi terpenting lemak yang tersenarai seperti di bawah:
1. lemak trans (pastikan perkataan ini tidak disenaraikan)
2. lemak tepu atau saturated fat (lemak tidak baik)
3. lemak tak tepu atau unsaturated fat (lemak baik)
4. lemak poli tak tepu polyunsaturated fat (lemak baik)
5. lemak mono tak tepu atau mono unsaturated fat (lemak baik)
Biasanya pengusaha akan membahagikan komposisi di atas mengikut sukatan tertentu iaitu menyatakan sukatan setiap 100gram. Pengguna perlu cekap dan bijak membuat pengiraan kerana sebotol bersaiz 2 liter akan mengandungi kira-kira 1500gram minyak masak. Sebagai contoh, jika setiap 100gram mengandungi 45gram lemak tepu, bererti lemak tepunya hampir separuh dari jumlah kandungan botol tersebut dan minyak ini memang boleh mendatangkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Minyak yang baik biasanya mengandungi lemak tepu yang rendah, dari 0 hingga 14gram lemak tepu dalam setiap 100gram.
Minyak zaitun adalah minyak masak yang terbaik kerana kandungan lemak tepunya hampir tiada dan lemak tak tepu adalah tinggi sehingga mencapai 85gram dalam setiap 100gram.
Lemak tepu adalah merbahaya kerana ia tinggi kandungan kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein), fungsinya mengangkut kolesterol dari organ hati ke arteri dan pengumpulan kolesterol dalam arteri boleh menyebabkan arteri tersumbat membawa kepada serangan jantung.
Pastikan juga lemak trans TIDAK TERSENARAI dalam komposisi lemak. Lemak trans lebih merbahayakan kesihatan kerana boleh membawa serangan jantung dan penyakit kanser.
Sebagai contoh, saya berikan 2 komposisi lemak yang saya dapati dari 2 botol minyak masak yang berlainan jenis:
Minyak Masak Jenama X:
Komposisi Jumlah Lemak: 14g
Tepu : 6.2g
Trans : 0g
Politaktepu: 1.7g
Monotaktepu : 6.1g
Minyak Masak Jenama Y:
Komposisi Jumlah Lemak : 13g
Tepu : 2.1g
Politaktepu : 4.6g
Monotaktepu : 6.3g
Minyak masak jenama manakah yg sepatutnya anda pilih untuk kebaikan kesihatan anda?
Saya tentu akan memilih jenama Y. Alasannya seperti berikut:
Pilihlah jumlah kandungan lemak tak tepu 2 kali LEBIH dari jumlah lemak tepu
dan tiada lemak trans. Jika lemak trans disenaraikan sebagai 0 gram, bererti minyak masak tersebut masih mengandungi lemak trans, kerana dalam komposisi 14 gram kuantitinya hampir tidak dapat dikesan - pengusaha akan meletakkan angka 0. Tetapi jika diambil sukatan dalam komposisi 2 atau 3 liter, sudah tentu anda akan mendapati bacaannya dalam unit gram.
Dalam kes di atas, minyak masak X adalah minyak kelapa sawit dan minyak masak Y adalah minyak dedak padi (rice bran oil). Saya akan memilih minyak dedak padi kerana kandungan lemak tepunya rendah dan lemak trans tidak tersenarai.
Minyak masak kegemaran saya ialah minyak dari bunga matahari atau sunflower oil (gambar). Warnanya sangat jernih dan tiada bau hanyir apabila memasak menggunakan minyak jenis ini. Di samping itu, ia sangat cair pada suhu bilik, tidak seperti minyak kelapa sawit yang sangat likat. Selain itu, minyak bunga matahari dan minyak dedak padi juga tidak merosakkan rasa masakan. Jangan dengar saranan oleh chef-chef masakan di TV kerana mereka dibayar untuk mempromosikan jenama minyak masak tertentu. Tidak dinafikan minyak zaitun harganya begitu tinggi. Tetapi jika anda fikir semua minyak yang baik harganya mahal, jangan terkejut kerana saya boleh dapati sebotol minyak bunga matahari 3 liter dengan harga lebih murah dari minyak kelapa sawit. Asalkan anda rajin memerhati di rak-rak pasaraya anda akan terjumpa minyak masak yang berkualiti dengan harga yang tidak dijangka. Insyaallah...!
Lain-lain jenis minyak masak seperti minyak cap Bunga Raya, Cap Buruh yang tinggi kandungan tepu dan mengandungi lemak trans sepatutnya dilupuskan, bukan untuk dibotolkan dan dijual. Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan "Tanpa Kolesterol" pada label botol tersebut kerana perkataan "Kolesterol" adalah subjektif. Ada kolesterol yang baik dan ada kolesterol yang tidak baik. Sebagai contoh, semata-mata kerana minyak masak jenama X mengandungi 6.2 gram lemak tepu dan 7.7 gram lemak tak tepu (lemak tepu kurang dari lemak tak tepu), pengusaha dengan mudahnya mendakwa ia tanpa kolesterol. Malangnya, minyak jenis ini digunakan oleh restoran-restoran, penjaja dan penebar roti canai untuk menjimatkan kos.
Cure Gout Now, Click Here!
Tuesday, December 2, 2008
Monday, September 22, 2008
Penyakit Koronari Jantung
Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia", katanya. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama.Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
Gejala Sakit dada atau dikenali sebagai
Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
Berat pada dada
Senak dada
Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini.
Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti. Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.
Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini. Sebaliknya, mereka mungkin mengalami:
a. Berpeluh-peluh b. Rasa lemah badan c. Sakit pada hulu hati d. Pening kepala e. Pengsan
Menurut Dr. Yap, 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah. Keadaan ini mengakibatkan elektrik jantung tidak stabil. Ketidakstabilan ini turut menghentikan denyutan jantung. Jantung yang bergetar ini tidak dapat berfungsinya dengan baik. Ini mengakibatkan seluruh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan dalam tempoh empat minit, risiko kematian adalah tinggi.
Diagnosis Sehubungan antara kaedah yang digunakan untuk mendiagnos penyakit jantung ialah:
Ujian ECG: ujian ini untuk mereka yang diserang sakit jantung dan sesetengah pesakit yang mengalami angina tidak stabil Ujian darah seperti enzim kardium dan troponin
Ujian tekanan pengisar injakan
Angiogram koronari.
Tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan. Prosedur ini biasanya mengambil masa selama setengah jam. Pewarna akan disuntik melalui kateter ini dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat. Namun, prosedur ini mempunyai risiko tersendiri seperti alahan pada pewarna, pembedahan kecemasan, angin ahmar, serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil.
Rawatan Selepas angiogram dilakukan, doktor akan berbincang dengan pesakit dan keluarga mengenai pilihan rawatan terbaik berdasarkan keadaan pembuluh darah jantung seperti:
Ubat-ubatan Pembedahan pintasan pembuluh darah jantung
Angioplasti koronari: kaedahnya sama seperti angiogram di mana kateter akan dimasukkan melalui saluran darah pangkal paha atau saluran darah di lengan.
Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat. Pada hujung kateter ini, terdapat belon. Belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah. Rawatan ini semakin popular kerana ia tidak membabitkan pembedahan yang besar. Bagaimanapun, 30 peratus pesakit boleh mengalami penyempitan pembuluh darah semula. Bagi menangani masalah ini, besi gegelung (stent) yang dilapisi ubat-ubatan diperkenalkan. Bagaimanapun, kos rawatannya tiga kali lebih tinggi.
Sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit lain seperti pedih hulu hati, akibat pembalikan asid ke saluran pemakanan, sakit pada otot-otot dada dan pneumonia. Selain itu, ia mungkin ada kaitan dengan sakit tulang rusuk, pelbagai masalah jantung seperti radang selaput jantung, retak bahagian dalam permukaan pembuluh besar aorta dan sebagainya. Tekanan, penyakit batu karang atau batu di pundi hempedu dan kayap juga boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit dada
Koronari Jantung
Penyakit yang berke naanjantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovascular.
Jantung merupakan satu organ yang penting dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibat penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung. Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman.
Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kalesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu anda dinasihatkan mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kalesterol yang tinggi. Arthroskelorosis berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang panjang untuk terbentuk. Bagaimanapun sekiranya tidak dikesan dan dirawat awal, arthrosklerosis boleh menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.
Bagaimana Terjadinya Sakit Jantung
Angina (sakit dada bila kepenatan) terjadi akibat berlakunya arthrosklerosis di mana saluran yang membekalkan darah ke otot-otot jantung menyempit dan pengaliran darah terhalang. Serangan sakit jantung terjadi apabila darah membeku di kawasan arthrosklerosis dan menghalang sepenuhnya pengaliran darah ke otot-otot jantung. Keadaan ini menyebabkan sel jantung mati akibat tidak mendapat oksigen.
Tanda-tanda serangan sakit jantung termasuklah kesakitan di bahagian jantung, berpeluh, loya dan kesukaran untuk pernafasan.
Dalam kes-kes serangan sakit jantung tertentu ia tidak menunjukkan tanda-tanda biasa.
Faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari
Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung. · Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan. · Jika anda merokok. · Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda. · Jika anda mengidap penyakit kencing manis. · Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan. · Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi. · Jika anda kurang bersenam. · Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Bagaimana mengurangkan risiko sakit jantung.
Anda boleh memastikan samaada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.
Adalah lebih baik sekiranya anda mengelakkan atau berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun. Anda juga perlu mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis. Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing. Berbincanglah dengan keluarga terdekat sekiranya anda berhadapan dengan masaalah.
Penyakit Koronari Jantung :Penyakit disebabkan oleh kerosakan pada koronari arteri dalam jantung dipanggil penyakit koronari jantung. Penyebab utama masalah yang membawa maut ini ialah arthrosklerosis. Iaitu satu keadaan di mana timbunan lemak menyempitkan bahagian dalam saluran darah dan menghalang pengaliran darah ke jantung.
Jejak-jejak Pembunuh
Penyakit kardiovascular adalah penyakit yang berkaitan dengan jantung. Ia merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit yang membunuh ini.
Di antara tahun 1981 hingga 1989, kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit ini di Semenanjung Malaysia bertambah dari 15.3 bagi 100,000 kepada 37 bagi 100,000. Kemasukan ke hospital bagi penyakit ini telah bertambah dari 10,190 kepada 64,696 di antara 1965 dan 1989, pertambahan sebanyak 534% dalam masa 24 tahun.
Sutingan Diterbitkan oleh Unit Pelajaran Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 200,000/C, 10/92.







