Monday, March 16, 2009

Strok : Angin Ahmar

Strok atau Angin ahmar ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

Sejarah
Melebihi 2,400 tahun dahulu, Hippocrates (460 - 370 SM) merupakan orang pertama untuk menghuraikan fenomena kelumpuhan tiba-tiba yang kini diketahui diakibatkan oleh angin ahmar. Perkataan "apopleksi" yang berasal daripada perkataan bahasa Greek yang bermaksud "diserang dengan ganas", muncul buat pertama kali dalam karya Hippocrates yang menghuraikan gejala-gejala angin ahmar. [15][16]Dalam karyanya Apopleksia pada tahun 1658, Johann Jacob Wepfer (1620-1695) mengenal pasti punca strok pendarahan ketika beliau mengatakan bahawa pesakit-pesakit yang mati, akibat apopleksi, mengalami pendarahan di dalam otak-otak mereka. [15][10] Wepfer juga mengenal pasti arteri-arteri vertebra, dan arteri-arteri karotid, serta arteri-arteri utama yang membekalkan darah kepada otak, dan mengecamkan punca strok iskemia dengan tepat ketika beliau mengatakan bahawa apopleksi mungkin diakibatkan oleh salur-salur tersebut yang tersumbat.[10]



Jenis-jenis strok


Strok boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama: iskemia dan pendarahan. Iskemia boleh diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan boleh merupakan pendarahan di dalam otak atau di bawah membran pertengahan antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80% daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh iskemia.Strok iskemia/IschemicStrok iskemia terjadi pada lebih kurang 85-90% daripada semua angin ahmar, dan disebabkan salur darah tersumbat dan bekalan darah ke bahagian otak disekat, baik separuh mahupun pada keseluruhannya.


Strok iskemia biasanya dibahagikan kepada empat jenis:


* Strok trombosis


* Strok embolus


* Hipoperfusi sistemik (strok pinggiran)


* Trombosis vena


Strok trombosis


Bagi strok trombosis, satu proses yang membentuk trombus (darah beku) terjadi pada arteri yang terjejas. Trombus itu beransur-ansur menyempitkan lumen arteri dan menyekat aliran darah ke tisu-tisu yang terletak paling jauh dari arteri tersebut. Darah-darah beku biasanya akan berkumpul di sekitar plak-plak aterosklerosis. Disebabkan oklusi (penyekatan) arteri adalah secara beransur-ansur, permulaan serangan strok trombosis bersimptom adalah lebih lambat. Sesuatu trombus pada dirinya (termasuk juga trombus yang tidak menyekat aliran darah) boleh mengakibatkan strok trombosis (sila lihat di bawah) jika trombus itu pecah — dalam hal sedemikian, trombus itu dipanggil "embolus". Strok trombosis boleh dibahagikan kepada dua jenis, bergantung kepada jenis salur darah yang trombus dibentukkan:


* Penyakit salur besar membabitkan arteri-arteri karotid am, karotid internal, vertebra, dan Bulatan Willis. Penyakit-penyakit yang boleh membentuk trombus di dalam salur-salur besar termasuk (mengikut tertib menurun kejadiannya):


o Aterosklerosis


o Pencerutan venao Diseksio Arteritis Takayasu


o Arteritis sel raksasa


o Arteritis/vaskulitis


o Vaskulopati tak radang


o Sindrom Moyamoya


o Displasia Serat-otot


* Penyakit salur kecil membabitkan arteri intraserebrum, cabang Bulatan Willis, arteri serebrum tengah, serta arteri yang berasal dari arteri vertebra distal dan arteri basilar. Penyakit-penyakit yang boleh membentuk trombus di dalam salur-salur kecil termasuk (mengikut tertib menurun kejadiannya):


o Lipohialinosis (himpunan hialin lipid yang tidak begitu penting berbanding dengan darah tinggi dan penuaan) dan degenerasi fibrinoid. Angin ahmar yang melibatkan salur-salur ini dikenali sebagai infark lakuna.


o Mikroateroma dari arteri-arteri yang menjangkau ke arteri-arteri yang lebih kecil (penyakit cabang ateroma).


Strok embolus


Strok embolus merujuk kepada sekatan aliran darah arteri ke sebahagian otak disebabkan embolus — zarah atau serpihan bergerak di dalam aliran darah arteri yang berasal dari tempat yang lain. Embolus seringnya merupakan bekuan darah, tetapi embolus juga boleh merupakan plak yang putus dari salur darah aterosklerosis atau sebilangan bahan yang lain, termasuk lemak, udara, serta juga sel-sel berkanser. Oleh sebab embolus berasal dari tempat yang lain, terapi setempat hanya dapat menyelesaikan masalah buat sementara waktu; sumber embolus harus dikenal pasti. Oleh sebab sekatan embolus adalah tiba-tiba, gejala-gejalanya biasanya adalah paling teruk pada permulaannya. Sekatan ini mungkin juga sekejap sahaja kerana embolus itu mungkin bergerak ke tempat yang lain atau lesap sama sekali.


Strok embolus boleh dibahagikan kepada empat jenis:


* jenis dengan sumber kardium yang diketahui


* jenis dengan sumber kardium atau aorta yang berpotensi (daripada ekokardiogram transtorasik dan transesofagus)


* jenis dengan sumber arteri


* jenis yang sumbernya tidak diketahui.Sebab-sebab kardium risiko tinggi termasuk:[1]* Pemfibrilan atrium dan pemfibrilan atrium paroksisme


* Penyakit mitra reumatik atau penyakit injap aorta


* Injap-injap jantung bioprostetik dan mekanik


* Trombus atrium atau ventrikel


* Sindrom sinus sakit


* Fluter atrium berterusan


* Penginfarkan miokardium baru-baru ini (dalam tempoh sebulan)


* Penginfarkan miokardium kronik, bersama-sama dengan pecahan ejeksi < style="font-weight: bold;">Hipoperfusi sistemik


Hipoperfusi sistemik ialah pengurangan aliran darah ke semua bahagian di dalam badan. Ini paling biasa diakibatkan oleh kegagalan pam kardium yang disebabkan oleh kardium terhenti atau aritmia, ataupun daripada pengurangan keluaran kardium yang diakibatkan oleh penginfarkan miokardium, embolisme pulmonari, lelehan perikardium, atau pendarahan.


Hipoksemia (kandungan oksigen darah yang rendah) boleh menyegerakan hipoperfusi. Oleh sebab pengurangan aliran darah adalah sejagat, semua bahagian otak boleh terjejas, khususnya bahagian-bahagian "legeh" — kawasan-kawasan sempadan yang dibekalkan oleh arteri-arteri serebrum yang utama. Aliran darah ke bahagian-bahagian ini tidak seharusnya berhenti, tetapi boleh berkurang sehingga kerosakan otak terjadi.


Trombosis vena


Vena-vena di dalam otak berperanan untuk menyalirkan darah balik ke bahagian-bahagian badan. Apabila vena-vena ini tertutup diakibatkan oleh trombosis, penyaliran darah disekat dan darah akan berundur dan menyebabkan edema serebrum. Edema serebrum ini pula boleh mengakibatkan kedua-dua strok iskemia dan strok pendarahan. Ini biasa berlaku dengan penyakit trombosis vena sinus, satu penyakit yang jarang ditemukan.


Strok pendarahan


Strok pendarahan, atau pendarahan serebrum, ialah sejenis strok yang terjadi apabila sesuatu salur darah di dalam otak pecah atau berdarah. Seperti dalam kes strok iskemia, strok pendarahan mengganggu bekalan darah otak kerana salur yang berdarah tidak berupaya lagi membawa darah kepada tisu sasarannya. Selain itu, darah merengsakan tisu otak, mengganggu keseimbangan kimia yang mudah rosak dan jika pendarahan berterusan, boleh menaikkan tekanan intrakranium yang menjejaskan tisu otak dan menyekat aliran darah ke otak. Dari segi ini, strok pendarahan adalah lebih berbahaya, berbanding strok iskemia yang lebih biasa berlaku. Terdapat dua jenis strok pendarahan, iaitu pendarahan intraserebrum, dan pendarahan subaraknoid.

Pendarahan intraserebrum

Pendarahan intraserebrum (bahasa Inggeris: Intracerebral hemorrhage (ICH)) adalah pendarahan terus ke dalam tisu otak yang mengakibatkan pembentukan hematoma (pengumpalan darah) yang semakin membesar. Ini biasa berlaku di dalam arteri-arteri kecil atau arteriol-arteriol dan biasanya disebabkan oleh hipertegangan, trauma, gangguan pendarahan, angiopati amiloid, penggunaan dadah haram (amfetamina dan kokaina), dan kecacatan vaskular. Hematoma ini kian menjadi besar sehingga tekanan daripada tisu di sekelilingnya mengehadkan pertumbuhannya atau sehingga hematoma ini menyahmampatkan diri dan mengalir keluar ke dalam sistem ventrikel, bendalir serebrospina (CSF), atau permukaan pia. Satu pertiga daripada pendarahan intraserebrum adalah ke dalam ventrikel-ventrikel otak. Pendarahan intraserebrum mempunyai kadar kematian sebanyak 44 peratus selepas 30 hari, iaitu lebih tinggi daripada strok iskemia atau juga pendarahan subaraknoid yang lebih berbahaya.[2]

Pendarahan subaraknoid

Pendarahan subaraknoid (bahasa Inggeris: Subarachnoid hemorrhage (SAH)) adalah pendarahan masuk ke dalam bendalir serebrospina (CSF) di ruang subaraknoid yang mengelilingi otak. Dua punca SAH yang paling biasa ialah pecah aneurisme pada pangkal otak, serta pendarahan yang diakibatkan oleh kecacatan vaskular yang berhampiran dengan permukaan pia. Pendarahan ke dalam bendalir serebrospina dari sesuatu aneurisme yang pecah berlaku dengan amat pantas, dan mengakibatkan tekanan intrakranium yang bertambah dengan pantas. Pendarahan biasanya berlangsung hanya selama beberapa saat, tetapi pendarahan semula biasa berlaku. Kematian atau koma yang genting akan berlaku jika pendarahan berterusan. Pendarahan daripada sumber-sumber yang lain adalah kurang mendadak dan boleh berterusan untuk tempoh yang lebih lama. Pendarahan subaraknoid mempunyai kadar kematian sebanyak 40 peratus dalam tempoh 30 hari.

Tanda dan gejala

Gejala-gejala strok bergantung kepada jenis strok dan bahagian otak yang terjejas. Strok iskemia biasanya hanya menjejaskan bahagian setempat otak yang dirempuh oleh arteri yang sumbat. Strok pendarahan boleh menjejaskan bahagian setempat, tetapi seringnya boleh juga mengakibatkan gejala-gejala sejagat yang disebabkan oleh pendarahan dan pertambahan tekanan intrakranium.

Jika laluan sistem saraf pusat terlibat Jika bahagian otak yang terjejas mengandungi salah satu daripada tiga laluan sistem saraf pusat — trakus spinotalamus, trek kortikospina, dan turus dorsal (lemniskus medial) — gejala-gejala boleh termasuk:

* kelemahan otot atau kekebasan (hemiplegia)

* pengurangan kederiaan sakit atau suhu

* pengurangan kederiaan getar.

Dalam kebanyakan kes, gejala-gejala hanya menjejaskan sebelah badan dari leher ke bawah, dan tidak termasuk muka. Kecacatan otak biasanya terjadi pada sebelah badan yang bertentangan (bergantung kepada bahagian otak yang terjejas). Bagaimanapun, kewujudan mana-mana satu gejala ini tidak semestinya merupakan strok kerana laluan-laluan ini juga melalui saraf tunjang, dan sebarang lesi di sana juga boleh mengakibatkan gejala-gejala tersebut.

Jika batang otak terlibat

Selain daripada laluan sistem saraf pusat yang tersebut di atas, batang otak juga terdiri daripada 12 saraf kranium. Oleh itu, strok yang menjejaskan batang otak juga boleh mengakibatkan gejala-gejala yang berkaitan dengan kurangan-kurangan dalam saraf kranium ini:

* perubahan deria hidu, rasa, pendengaran, atau penglihatan (sebahagian atau sama sekali)

* kelayuan kelopak mata (ptosis) dan kelemahan otot-otot okulus

* pengurangan refleks: menjeluak, menelan, kereaktifan anak mata terhadap cahaya

* pengurangan kederiaan dan kelemahan otot muka

* masalah keimbangan dan nistagmus

* perubahan kadar pernafasan dan denyut jantung

* kelemahan otot sternokleidomastoid (SCM), dengan kehilangan upaya untuk memusing kepala

* kelemahan lidah (kehilangan upaya untuk menjulurkan lidah dan/atau untuk menggerakkannya ke sebelah)

Jika korteks serebrum terlibat

Jika korteks serebrum terlibat, laluan-laluan sistem saraf pusat juga boleh terjejas, tetapi gejala-gejala yang berikut juga boleh muncul:

* afasia (kehilangan upaya untuk bertutur atau memahami bahasa, akibat penglibatan bahagian Broca atau Wernicke)

* apraksia (perubahan pergerakan terkawal)

* pemikiran tidak teratur, kekeliruan, gerak isyarat hiperseksual (penglibatan lobus frontal)

* perubahan penglihatan (penglibatan lobus oksiput)

* kurangan-kurang daya ingatan (penglibatan lobus temporal)

* hemineglek (penglibatan lobus parietal)

Jika serebelum terlibat

Jika serebelum terlibat, pesakit mungkin boleh mengalami:

* kesusahan berjalan

* perubahan kordinasi pergerakan

* pening kepala

Kehilangan kesedaran, sakit kepala, dan muntah biasanya berlaku lebih kerap untuk strok pendarahan berbanding dengan trombosis, akibat peningkatan tekanan intrakranium daripada darah kebocoran yang memampatkan otak.Jika gejala-gejala adalah paling teruk pada tahap permulaan serangan, kemungkinan besar puncanya ialah pendarahan subaraknoid atau strok embolus.

Pendarahan subaraknoid

Gejala-gejala pendarahan subaraknoid berlaku dengan tiba-tiba, akibat pertambahan tekanan intrakranium yang tiba-tiba. Seringnya, pesakit-pesakit mengalami sakit kepala yang tiba-tiba, dan yang terlalu teruk serta meluas. Sakit ini boleh memancar ke bahagian leher dan kaki, walaupun tidak semestinya. Muntah akan menyusul tidak lama selepas permulaan sakit kepala.

Biasanya, pemeriksaan neurologi merupakan pemeriksaan tak fokus — iaitu perkaitan antara kurangan-kurangan dengan bahagian-bahagian otak yang mengakibatkannya tidak dapat dikenal pasti — kecuali jika terdapat pendarahan masuk ke otak. Gabungan sakit kepala dan muntah tidak biasa ditemukan dalam kes strok iskemia.

Serangan iskemia sementara

Jika gejala-gejala surut dalam tempoh sejam, atau paling lama dalam 24 jam, diagnosisnya ialah serangan iskemia sementara (TIA) yang pada dasarnya merupakan angin ahmar kecil. Sindrom ini mungkin merupakan satu tanda amaran, dan sebahagian besar daripada pesakit mengalami angin ahmar pada masa depan. Data terkini menunjukkan bahawa kemungkinan untuk menghidap angin ahmar dalam tempoh setahun selepas serangan TIA adalah lebih kurang 10-15%, dengan separuh daripada risiko itu berlaku dalam bulan pertama, khususnya dalam 48 jam pertama. Kemungkinan menghidap strok iskemia boleh dikurangkan dengan penggunaan aspirin atau sebatian berkait seperti klopidogrel yang menghalang pengumpulan platelet yang membentuk bekuan darah yang menyumbat; tetapi atas sebab yang sama, rawatan sedemikian meningkatkan (sedikit) kemungkinan dan kesan strok pendarahan kerana ubat-ubat itu menghalang pembekuan darah.

Diagnosis

Angin ahmar dapat didiagnosis melalui beberapa teknik: pemeriksaan neurologi, ujian darah, skan CT (tanpa peneguhan kontras) atau skan MRI, ultrabunyi Doppler, dan arteriografi.

Jika pengimejan menunjukkan angin ahmar, berbagai-bagai kajian yang lain boleh dilakukan untuk menentukan adakah terdapatnya satu punca pinggir embolus yang wujud:

* kajian ultrabunyi/doppler bagi arteri karotid untuk mengesan stenosis karotid

* elektrokardiogram (ECG) dan ekokardiogram untuk mengenal pasti aritmia kardium dan hasilan darah beku di dalam jantung yang boleh tersebar ke salur-salur otak melalui aliran darah

* kajian pengawas Holter untuk mengenal pasti aritmia berjeda

* angiogram untuk vaskulatur serebrum (jika pendarahan dianggap berasal daripada aneurisme atau kecatatan arteriovena).

Rawatan Penilaian awal

Adalah penting bahawa angin ahmar dikenal pasti dengan seberapa cepat yang mungkin kerana pesakit-pesakit yang dirawat dengan lebih awal mungkin akan hidup dan pulih dengan lebih baik.

Jika seseorang pesakit disyaki menghidap angin ahmar, perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan harus dihubungi dengan segera. Pesakit itu harus dihantar ke hospital terdekat yang boleh memberikan penilaian dan rawatan yang cepat dengan terapi-terapi terkini yang disasarkan pada jenis angin ahmar yang dihidapi. Lebih cepat terapi-terapi dimulakan, lebih besar kemungkinannya untuk dipulihkan bagi setiap jenis angin ahmar. Hanya pemeriksaan fizikal dan pengimejan perubatan dapat memberikan maklumat tentang kewujudan, jenis, dan takat angin ahmar. Keputusan-keputusan yang cepat tentang ubat dan keperluan untuk pembedahan telah ditunjukkan dapat memperbaik pemulihannya. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa pesakit-pesakit yang dirawat di hospital-hospital yang mempunyai Pasukan atau Unit Angin Ahmar dengan rancangan penjagaan yang khusus dapat memperbaik kemungkinan untuk pemulihan.

Strok iskemia

Oleh sebab strok iskemia diakibatkan oleh trombus (bekuan darah) yang menyumbat sesuatu arteri serebrum, seseorang pesakit akan diberikan ubat antiplatelet (aspirin, klopidogrel, dipiridamol) atau ubat antikoagulasi (warfarin), bergantung kepada puncanya, apabila jenis angin ahmar ini ditemukan. Strok pendarahan harus dikesampingkan melalui pengimejan perubatan kerana terapi ini amat membahayakan pesakit-pesakit jenis angin ahmar ini.

Di semakin banyak pusat angin ahmar yang utama, trombolisis farmakologi ("pemecahan bekuan darah") digunakan untuk melarut bekuan dan menyahsumbatkan arteri. Bagaimanapun, kegunaannya terbatas oleh kekangan masa: lebih banyak masa berlalu, lebih besarnya bahagian otak yang mengalami kerosakan tak berbalik. Terdapat juga sedikit kemungkinan bahawa keadaan pesakit akan diburukkan kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan. Ketika dipergunakan dalam tempoh tiga jam yang pertama, trombolisis memperbaik hasil seorang penyakit bagi setiap 3.1 orang, dan memburukkan hasil seorang bagi setiap 32 orang pesakit. Penggunaan trombolisis tidak dibenarkan selepas tiga jam. Sebagai suatu terapi yang mudah diberikan oleh mana-mana hospital yang memiliki pengimbas CAT, trombolisis kini boleh didapati di kebanyakan hospital di Amerika Syarikat, tetapi bukan di tempat-tempat yang tidak mempunyai kemudahan penjagaan angin ahmar.

Lagi satu rawatan untuk strok iskemia akut ialah pembuangan trombus yang terlibat secara langsung. Ini dilaksanakan melalui penyisipan kateter ke dalam arteri femoral yang kemudian ditujukan ke peredaran serebrum. Kateter itu mempunyai sebuah peranti bak skru pencungkil gabus untuk memerangkap bekuan darah yang kemudian dikeluarkan dari badan. Pada bulan Ogos 2004, FDA meluluskan sebuah peranti tersebut yang dikenali sebagai Merci Retriever. [3]

Baik trombosis dijalankan mahupun tidak, penyiasatan-penyiasatan yang berikut masih diperlukan:

* Gejala-gejala angin ahmar didokumenkan, seringnya dengan menggunakan sistem-sistem penskoran seperti Institut Skala Strok Kesihatan Nasional, Skala Strok Cincinnati, dan Saringan Strok Prahospital Los Angeles. Sistem yang terakhir ini dipergunakan oleh para juruteknik perubatan kecemasan (EMT) untuk menentukan adakah seseorang pesakit perlu dihantar ke pusat angin ahmar.

* Imbas CT dijalankan untuk mengesampingkan strok pendarahan.

* Ujian-ujian darah, seperti kiraan darah lengkap, kajian penggumpalan (PT/INR dan APTT), dan ujian-ujian elektrolit, fungsi renal, ujian fungsi hati, dan aras glukosa dijalankan.

Strategi-strategi segera yang lain untuk melindungi otak semasa menghidap angin ahmar termasuk memastikan bahawa aras gula darah adalah seberapa normal yang boleh (umpamanya, memulakan skala gelangsar insulin untuk pesakit yang diketahui menghidap kencing manis), dan bahawa pesakit menerima oksigen dan bendalir intravena yang mencukupi. Pesakit dibaringkan di atas tandu supaya kepalanya mendatar dan tidak dibenarkan duduk kerana kajian-kajian telah menunjukkan bahawa ini akan meningkatkan aliran darah ke otak. Terapi-terapi tambahan untuk strok iskemia termasuk aspirin (50 - 325 mg setiap hari), klopidogrel (75 mg setiap hari), serta gabungan aspirin dan dipiridamol pembebasan terlanjut (25/200 mg dua kali setiap hari).

Tekanan darah biasanya meningkat sejurus selepas menghidap angin ahmar. Bagaimanapun, kajian-kajian menunjukkan bahawa sedangkan tekanan darah tinggi mengakibatkan angin ahmar, ia sebenarnya memberikan manfaat semasa tempoh kecemasan kerana membenarkan pengaliran darah yang lebih baik ke otak.

Jika kajian-kajian menunjukkan kewujudan stenosis karotid dan pesakit itu masih mempunyai setakat fungsi pada sisi yang terjejas, endarterektomi karotid (pembuangan stenosis melalui pembedahan) mungkin dapat mengurangkan risiko ulangan.Sebaliknya, jika angin ahmar diakibatkan oleh aritmia kardium (seperti pemfibrilan atrium) bersama-sama embolus kardiogenik, rawatan aritmia dan antikoagulasi dengan menggunakan warfarin atau aspirin berdos tinggi mungkin dapat mengurangkan risiko ulangan.

Strok pendarahan

Pesakit-pesakit yang mengalami pendarahan masuk ke (pendarahan intraserebrum) atau di sekitar otak (pendarahan subaraknoid) memerlukan penilaian neurosurgeri untuk mengesan dan merawat punca pendarahan. Ubat-ubat antikoagulasi dan antitrombosis yang merupakan ubat yang penting untuk merawat strok iskemia boleh memburukkan pendarahan dan oleh itu, tidak boleh digunakan untuk pendarahan intraserebrum. Pesakit-pesakit diawasi dan tekanan darah, aras gula darah, dan pengoksigenan mereka dikekalkan pada aras-aras yang optimum.

Penjagaan dan pemulihan

Pemulihan angin ahmar ialah proses untuk pesakit yang mengalami ketakupayaan menjalani rawatan supaya dapat membantu mereka hidup secara biasa dengan seberapa yang dapat melalui pemerolehan dan pembelajaran semula kemahiran-kemahiran kehidupan sehari-hari. Ia juga bertujuan untuk membantu pemandiri memahami dan menyesuaikan diri terhadap kesusahan-kesusahan yang dialami, mencegah komplikasi sekunder, serta mendidik ahli-ahli keluarga supaya dapat memainkan peranan sokongan.

Pasukan pemulihan biasanya terdiri daripada ahli-ahli berbilang disiplin kerana ia melibatkan kakitangan-kakitangan yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang berbeza yang bekerjasama untuk membantu pesakit. Anggota-anggota pasukan termasuk kakitangan-kakitangan kejururawatan, fisioterapi, terapi pekerjaan, terapi pertuturan dan bahasa, dan biasanya juga seorang pakar perubatan yang terlatih dalam perubatan pemulihan. Sesetengah pasukan juga mempunyai ahli psikologi, pekerja sosial, dan ahli farmasi kerana sekurang-kurangnya satu pertiga daripada para pesakit mengalami kemurungan pasca strok.

Penjagaan perawatan yang baik adala penting untuk mengekalkan penjagaan kulit, penyuapan, penghidratan, penentududukan, dan pengawasan tanda-tanda yang penting seperti suhu, nadi, dan tekanan darah. Pemulihan angin ahmar dimulakan hampir dengan segera.

Bagi kebanyakan pesakit angin ahmar, terapi fizikal merupakan asas untuk proses pemulihan. Seringnya, teknologi bantuan seperti kerusi roda dan kerangka berdiri memberikan setakat faedah. Lagi satu jenis terapi yang melibatkan pembelajaran semula kegiatan sehari-hari ialah terapi pekerjaan (OT). OT melibatkan senaman dan latihan untuk membantu pesakit angin ahmar membelajari apa yang kekadang dipanggil kegiatan kehidupan sehari-hari (ADL) seperti memakan, meminum, menelan, menyalin pakaian, mandi, memasak, membaca, dan menulis, serta juga latihan buang air. Terapi pertuturan dan bahasa adalah sesuai untuk pesakit-pesakit yang mengalami masalah memahami pertuturan dan perkataan-perkataan tertulis atau untuk bertutur.

Pesakit-pesakit mungkin mengalami masalah-masalah yang khusus, seperti ketakupayaan langsung atau separa untuk menelan yang boleh menyebabkan bahan-bahan yang ditelan masuk ke dalam paru-paru dan mengakibatkan pneumonia sedutan. Keadaan ini mungkin boleh pulih dengan berlalunya masa tetapi buat sementara, sebatang tuib nasogastrik disisipkan ke dalam hidung untuk membolehkan makanan cecair untuk dimasukkan terus ke dalam perut. Jika penelanan masih tidak selamat selepas seminggu, jadi sebatang tiub gastrostomi endoskop perkutaneus dimasukkan dan ini boleh digunakan secara kekal.

Pemulihan angin ahmar boleh berlangsung antara beberapa hari sehingga berbulan-bulan. Kebanyakan pemulihan fungsi boleh dilihat pada beberapa hari atau minggu yang pertama, dengan pemulihan yang kemudian tidak sebegitu cepat. Walaupun demikian, pesakit-pesakit masih boleh terus mengalami perbaikan selama bertahun-tahun, dan memperoleh semula serta mengukuhkan keupayaan mereka untuk menulis, berjalan, berlari, dan bertutur. Pemulihan sepenuhnya adalah tidak biasa, tetapi bukannya tidak mungkin. Para pesakit angin ahmar umumnya akan dapat mencapai setakat perbaikan.

Prognosis

Kehilangupayaan menjejaskan peluang mencari pekerjaan semula bagi 75% daripada penakat-penakat angin ahmar. [4] Angin ahmar boleh menjejaskan pesakit-pesakit dari segi fizikal, mental, emosi, atau gabungan ketiga-tiga ini. Akibat-akibat angin ahmar amat berbeza, bergantung kepada saiz dan tempat lesi. [5] Disfungsi-disfungsi yang diakibatkan adalah sepadan dengan kawasan otak yang rosak.

Sesetengah kehilangupayaan fizikal yang boleh diakibatkan oleh angin ahmar termasuk kelumpuhan, kekebasan, sor tekanan, pneumonia, inkontinens, apraksia (tidak boleh melaksanakan pergerakan dipelajari), kesukaran untuk menjalankan kegiatan-kegiatan harian, tidak mempunyai selera, kehilangan penglihatan, dan kesakitan. Jika angin ahmar itu cukup teruk, koma atu kematian boleh terjadi.

Masalah-masalah emosi yang diakibatkan oleh angin ahmar boleh disebabkan oleh kerosakan langsung kepada pusat-pusat emosi di dalam otak, atau daripada kekecewaan dan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kekurangan-kekurangan yang baru. Kesukaran-kesukaran emosi selepas serangan angin ahmar termasuk kerisauan, serangan panik, kegagalan untuk menyatakan emosi, mania, apati, dan psikosis.

30 - 50% daripada pemandiri-pemandiri angin ahmar mengalami kemurungan selepas menghidap serangan. Kemurungan itu dicirikan oleh kelesuan, kerengsaan, gangguan tidur, penghargaan diri yang diturunkan, dan perangai menyisihkan diri. [6] Ia juga boleh menjejaskan dorongan dan memburukkan hasilnya, tetapi dapat dirawat dengan ubat-ubat antidepresan.

Kelabilan emosi, lagi satu akibat angin ahmar, menyebabkan pesakit beralih dari tinggi dan rendah emosi dan menyatakan emosi secara tidak sesuai, umpamanya ketawa dan menangis berketerlaluan tanpa banyak atau langsung tanpa sebarang sebab. Walaupun penyataan emosi itu biasanya secocok dengan perasaan pesakit yang sebenar, bentuk kelabilan emosi yang lebih teruk mengakibatkan pesakit ketawa dan menangis secara patologi, tanpa mengambil kira konteks atau emosi. [4] Sesetengah pesakit menunjukkan lawan terhadap apa yang dirasakan, umpamanya menangis ketika gembira. [7] Kelabilan emosi berlaku pada kira-kira 20% daripada pesakit-pesakit angin ahmar.

Kekurangan-kekurangan kognitif yang diakibatkan oleh angin ahmar termasuk celaru pengamatan, masalah pertuturan, demensia, dan masalah-masalah yang berkait dengan perhatian dan ingatan. Seorang pesakit angin ahmar mungkin secara kekal tidak sedar akan ketakupayaan diri atau juga bahawa dia menghidap angin ahmar. Dalam suatu keadaan yang dikenali sebagai agnosia, seseorang pesakit tidak akan dapat melihat apa-apa yang berada di sebelah kiri atau kanannya, dan juga tidak sedar atau tidak dapat memikirkan tentang apa-apa yang berada di sisi yang terjejas itu.

Sehingga 10% daripada semua pesakit angin ahmar menghidap sawan, paling biasanya pada minggu selepas serangan; keterukan serangan angin ahmar meningkatkan kemungkinan pesakit untuk menghidap sawan. [8][9]

Faktor risiko dan pencegahan

Faktor-faktor risiko angin ahmar yang utama ialah hipertegangan, penyakit jantung, kencing manis, dan merokok. Risiko-risiko yang lain termasuk pengambilan alkohol yang berketerlaluan (sila lihat Pengambilan alkohol dan kesihatan), aras kolesterol darah yang tinggi, penggunaan dadah haram, dan keadaan-keadaan kongenital (sejak lahir). Ahli-ahli keluarga mungkin mempunyai kecenderungan genetik untuk serangan angin ahmar atau berkongsi gaya kehidupan yang mengakibatkan penyakit ini. Mereka yang pernah diserang oleh angin ahmar mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diserang lagi pada masa akan datang.

Salah satu faktor risiko angin ahmar yang terutama ialah umur lanjut. 95% daripada semua serangan angin ahmar berlaku pada mereka yang berusia 45 atau lebih, dan dua pertiga angin ahmar berlaku di kalangan mereka yang berusia melebihi 65 tahun. [6][10] Risiko seseorang menemui maut sekiranya diserang angin ahmar turut meningkat dengan usia. Bagaimanapun, angin ahmar boleh menyerang pada segenap usia, termasuk janin.

Anemia sel sabit yang boleh mengakibatkan pengumpalan sel darah dan menyumbat salur-salur darah, juga meningkatkan risiko angin ahmar. Angin ahmar merupakan pembunuh kedua tertinggi bagi mereka berusia bawah 20 tahun yang menghidap anemia sel sabit.[10]

Lelaki mempunyai kemungkinan sebanyak 1.25 kali untuk diserang oleh angin ahmar, berbanding wanita [10]. Walaupun demikian, 60% daripada kematian yang diakibatkan oleh angin ahmar berlaku pada wanita. [7] Oleh sebab wanita hidup lebih lama, umur purata mereka adalah lebih tua ketika diserang oleh angin ahmar dan dengan itu, lebih kerap mengalami maut. (NIMH 2002) [10] Sesetengah faktor risiko angin ahmar hanya khusus bagi wanita. Terutama antaranya adalah kehamilan, bersalin, putus haid, dan rawatan-rawatannya (HRT). Angin ahmar kelihatannya merupakan penyakit keturunan untuk sesetengah keluarga.

Pencegahan merupakan satu perkara kesihatan awam yang penting. Pengenalpastian pesakit-pesakit dengan faktor-faktor risiko angin ahmar yang dapat dirawat adalah paling utama. Rawatan faktor-faktor risiko untuk pesakit-pesakit yang pernah menghidap angin ahmar (pencegahan sekunder) juga amat mustahak kerana mereka mempunyai risiko serangan semula yang tinggi, berbanding dengan mereka yang tidak pernah diserang oleh angin ahmar. Aspirin (biasanya pada dos rendah sebanyak 75 mg) disyorkan untuk pencegahan primer dan sekunder bagi angin ahmar. Merawat hipertegangan dan kencing manis, pemberhentian merokok, kawalan hiperkolesterolemia, latihan jasmani, serta pengelakan dadah haram dan pengelakan pengambilan alkohol yang berketerlaluan, kesemuanya merupakan cara-cara yang disyorkan untuk mengurangkan risiko terhadap angin ahmar. [1]

Bagi penyakit-penyakit yang menghidap angin ahmar yang diakibatkan oleh keabnormalan jantung, umpamanya pemfibrilan atrium, pencegahan penggumpalan darah dengan ubat-ubat seperti warfarin seringnya diperlukan untuk mencegah serangan angin ahmar. [2]

Tatacara-tatacara seperti endarterektomi karotid atau angioplasti karotid boleh digunakan untuk menghilangkan penyempitan ateroskerosis yang teruk (stenosis) pada arteri karotid yang membekalkan darah kepada otak. Tatacara-tatacara ini terbukti dapat mencegah angin ahmar bagi sesetengah pesakit, khususnya apabila stenosis karotik mengakibatkan peristiwa-peristiwa iskemia seperti serangan iskemia sementara.

Patofisiologi

Strok iskemia terjadi, akibat kehilangan bekalan darah ke sebahagian otak. Tisu-tisu otak tidak dapat berfungsi jika tidak mendapat oksigen selama melebihi 60-90 saat dan selepas beberapa minit, akan mengalami kecederaan yang tak berbalik atau penginfarkan, iaitu kematian tisu. Aterosklerosis boleh mengganggu bekalan darah ketika penyempitan salur-salur darah mengakibatkan pengurangan aliran darah melalui pembentukan darah-darah beku di dalam salur, atau melalui pembebasan embolus-embolus kecil melalui penyepaian plak-plak aterosklerosis. Penginfarkan embolus terjadi ketika embolus-embolus yang dibentuk di tempat lain dalam sistem peredaran, biasanya di jantung, tertanam dalam salur-salur darah otak dan menyumbatkannya.

Di kawasan tisu otak yang terjejas oleh iskemia, terdapat satu spektrum keterukan yang berbeza-beza antara bahagian tisu yang mati dengan segera dengan bahagian-bahagian lain yang hanya cedera dan berpotensi untuk dipulihkan. Kawasan iskemia yang mempunyai kemungkinan untuk tisunya dipulihkan dirujuk sebagai penumbra iskemia.

Ketika oksigen atau glukosa sudah habis di dalam tisu otak iskemia, penghasilan sebatian-sebatian fosfat bertenaga tinggi, seperti adenina trifosfat (ATP), akan gagal dan mengakibatkan kegagalan proses-proses yang bergantung kepada tenaga untuk kemandirian sel tisu. Ini mencetuskan satu siri kejadian yang saling berkait dan yang menyebabkan kecederaan dan kematian sel. Antara kejadian-kejadian ini adalah:

* kehilangan fungsi pam ion membran yang mengakibatkan ketakseimbangan elektrolit dalam sel-sel otak;

* pembebasan pengutus-pengutus saraf merangsang yang mempunyai kesan-kesan beracun pada kepekatan yang berlebihan;

* pembebasan radikal-radikal bebas oksigen yang bertindak balas dan memusnahkan sebilangan unsur-unsur sel; dan

* kegagalan mitokondria yang boleh mempercepatkan lagi penghabisan tenaga dan mencetuskan kematian sel, akibat apoptosis. [10]

Proses-proses ini adalah sama sahaja untuk mana-mana satu jenis tisu iskemia dan dirujuk bersama-sama sebagai lata iskemia. Bagaimanapun, tisu otak amat mudah terdedah pada bahaya iskemia kerana berbeza dengan kebanyakan organ yang lain, tisu ini tidak mempunyai banyak simpanan pernafasan dan bergantung sepenuhnya kepada metabolisme aerob.

Kemandirian tisu otak boleh diperbaik lagi sehingga setakat tertentu jika satu atau lebih proses tersebut disekat. Melalui uji-uji kaji, drug-drug yang, sebagai contoh, mengurangkan radikal bebas oksigen, menyekat apoptosis, atau menyekat pengutus-pengutus saraf eksitotoksik, terbukti dapat mengurangkan kecederaan tisu yang diakibatkan oleh iskemia. Agen-agen yang bertindak sebegini dirujuk sebagai pelindung saraf. Sehingga baru-baru ini, ujian-ujian klinikal pada manusia dengan agen-agen pelindung saraf telah gagal, mungkin dengan kekecualian keadaan koma barbiturat. Bagaimanapun baru-baru ini, NXY-059, terbitan disulfonil daripada fenilbutilnitrona (perangkap putar yang menghapuskan radikal) telah dilaporkan merupakan pelindung saraf untuk angin ahmar. [10]

Selain daripada kesan-kesan memudaratkan sel-sel otak, iskemia dan penginfarkan boleh mengakibatkan kehilangan kesempurnaan struktur bagi tisu-tisu otak dan salur-salur darah, sebahagiannya melalui pembebasan metaloprotease matriks yang merupakan enzim-enzim bersandar zink dan kalsium yang memecahkan kolagen, asid hialuronik, dan unsur-unsur lain di dalam tisu penghubung. Protease-protease lain juga menyumbang kepada proses ini. Kehilangan kesempurnaan struktur vaskular mengakibatkan keruntuhan rintangan otak darah perlindungan yang menyebabkan edema selebrum. Edema selebrum ini boleh mengakibatkan janjang sekunder kecederaan otak.

Seperti dalam mana-mana satu jenis kecederaan otak, sistem imun akan diaktifkan oleh penginfarkan serebrum dan dalam sesetengah keadaan, mungkin akan bertambah teruk kecederaan yang diakibatkan oleh penginfarkan. Melalui uji kaji, penyekatan tindak balas keradangan terbukti dapat mengurangkan kecederaan tisu yang diakibatkan oleh penginfarkan serebrum, tetapi keputusan ini tidak dapat dicapai dalam kajian-kajian klinikal.

Strok pendarahan mengakibatkan kecederaan tisu melalui pemampatan tisu daripada hematoma atau hematoma-hematoma yang berkembang, dan boleh mengherotbenyotkan dan mencederakan tisu. Selain itu, tekanan boleh mengakibatkan kehilangan bekalan darah kepada tisu yang terjejas, dengan akibat penginfarkan, dan darah yang dibebaskan oleh pendarahan otak kelihatan mempunyai kesan-kesan beracun kepada tisu otak dan vaskulatur. [10]

Epidemiologi

Melebihi 2,400 tahun dahulu, Hippocrates (460 - 370 SM) merupakan orang pertama untuk menghuraikan fenomena kelumpuhan tiba-tiba yang kini diketahui diakibatkan oleh angin ahmar. Perkataan "apopleksi" yang berasal daripada perkataan bahasa Greek yang bermaksud "diserang dengan ganas", muncul buat pertama kali dalam karya Hippocrates yang menghuraikan gejala-gejala angin ahmar. [15][16]

Dalam karyanya Apopleksia pada tahun 1658, Johann Jacob Wepfer (1620-1695) mengenal pasti punca strok pendarahan ketika beliau mengatakan bahawa pesakit-pesakit yang mati, akibat apopleksi, mengalami pendarahan di dalam otak-otak mereka. [15][10] Wepfer juga mengenal pasti arteri-arteri vertebra, dan arteri-arteri karotid, serta arteri-arteri utama yang membekalkan darah kepada otak, dan mengecamkan punca strok iskemia dengan tepat ketika beliau mengatakan bahawa apopleksi mungkin diakibatkan oleh salur-salur tersebut yang tersumbat.[10]

Rujukan
1. 1.0 1.1 Ay H; Furie KL; Singhal A; Smith WS; Sorensen AG; Koroshetz WJ (2005). "An evidence-based causative classification system for acute ischemic stroke". Ann Neurol 58 (5): 688-97. PMID 16240340.

2. Caplan LR (1992). "Intracerebral hemorrhage". Lancet 339 (8794): 656-8. PMID 1347346.

3. Celia Witten (2004). Lesen produk Merci Retriever Sepusat (PDF). FDA.

4. 4.0 4.1 Coffey C. Edward, Cummings Jeffrey L, Starkstein Sergio, Robinson Robert (2000). tajuk: Stroke - The American Psychiatric Press Textbook of Geriatric Neuropsychiatry, edisi kedua, muka surat: 601-617, Washington DC: penerbit: Percetakan Psikiatri Amerika.

5. Stanford Hospital & Clinics. Cardiovascular Diseases: Effects of Stroke.

6. 6.0 6.1 Senelick Richard C., Rossi, Peter W., Dougherty, Karla (1994). tajuk: Living with Stroke: A Guide For Families, penerbit: Contemporary Books, Chicago.

7. 7.0 7.1 Villarosa, Linda, Ed., Singleton, LaFayette, MD, Johnson, Kirk A. (1993). tajuk: Black Health Library Guide to Stroke, penerbit: Henry Holt and Company, New York.

8. Reith J, Jorgensen HS, Nakayama H, Raaschou HO, Olsen TS. Seizures in acute stroke: predictors and prognostic significance. The Copenhagen Stroke Study. Stroke 1997;28:1585-9. PMID 9259753.

9. Burn J, Dennis M, Bamford J, Sandercock P, Wade D, Warlow C. Epileptic seizures after a first stroke: the Oxfordshire Community Stroke Project. BMJ 1997;315:1582-7. PMID 9437276.

10. 10.0 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 10.6 10.7 10.8 National Institute of Neurological Disorders and Stroke (NINDS) (1999). Angin ahmar: Harapan Melalui Penyelidikan. Institut-institut Kesihatan Negara.

11. .....

12. Feigin, VL (2005). "Stroke epidemiology in the developing world". The Lancet 365: 2160-2161.

13. (2004) tajuk: The World health report 2004. Annex Table 2: Deaths by cause, sex and mortality stratum in WHO regions, estimates for 2002., Geneva: penerbit: World Health Organization.

14. Ellekjær, H, J Holmen, B Indredavik, A Terent (1997). "Epidemiology of Stroke in Innherred, Norway, 1994 to 1996 : Incidence and 30-Day Case-Fatality Rate". Stroke 28: 2180-2184.

15. 15.0 15.1 Thompson JE (1996). "The evolution of surgery for the treatment and prevention of stroke. The Willis Lecture". Stroke 27 (8): 1427-34. PMID 8711815.

16. Kopito, Jeff (September 2001). "A Stroke in Time". MERGINET.com (Nombor 9).* Perry, Thomas and Miller Frank (1961). tajuk: 'Pathology: A Dynamic Introduction to Medicine and Surgery, Boston: penerbit: Little, Brown and Company.

KEMAMPUAN OTAK YANG MENAKJUBKAN




Ramai manusia tidak menyedari bahawa otak mempunyai kekuatan yang amat menakjubkan. Ia umpama raksasa gagah yang sedang tidur. Pelbagai eksperimen yang dilakukan oleh saintis membuktikan potensi otak jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan. Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak yang sebenar. Malah penyelidikan mereka yang mutakhir menunjukkan kita menggunakan kurang dari satu peratus dari kemampuan otak yang sebenar.




Ini bermakna kita telah mensia-siakan 99% potensi otak yang maha hebat ini. Alangkah ruginya harta yang sangat berharga ini kita biarkan berdebu, tidak digunakan, tidak dipedulikan dan tidak dikembangkan. Otak orang dewasa mengandungi 10,000,000,000 (sepuluh bilion) neuron atau sel saraf. Seekor lebah yang memiliki 900 neuron mampu membuat pelbagai kerja yang mengkagumkan.Ia mampu membina indung lilin, memproses madu yang dikenali sebagai 'raja ubat', membawa masuk udara segar ke dalam sarang, mengawal suhu dan cahaya, menghasilkan cecair pencuci untuk kerja-kerja pembersihan sarang, menganalisa cahaya, berkomunikasi, menjaga kebajikan dan disiplin rakan-rakan.




Manusia yang memiliki sepuluh bilion neuron tentu mempunyai kemampuan jutaan kali ganda dari kemampuan lebah. Cuba bayangkan orang yang mempunyai RM 900 tentu boleh membeli bermacam-macam benda. Dia boleh membeli air tin, nasi lemak, kasut, pakaian, buku, basikal 'racing' dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dengan orang yang memiliki RM 10,000,000,000 (sepuluh bilion=sepuluh ribu juta ringgit)? Sudah tentu ia mempunyai kemampuan dan 'kuasa beli' yang jauh lebih hebat. Dia boleh membeli apa sahaja dengan sekehendak hatinya. Dia boleh membeli pizza, ayam goreng di KFC, sekandang lembu, motosikal, kereta, bas, lori treler malah jet pun boleh beli.




Begitulah potensi dan kemampuan otak manusia. Masalahnya sekarang, kita tidak menyedari bahawa kita adalah 'terlalu kaya' dan memiliki kemampuan yang sungguh hebat. Kita ibarat si miskin yang tidak menyedari bahawa di bawah rumah kita tersimpan harta karun warisan keturunan kita yang tidak ternilai harganya.




Sekiranya potensi otak ini betul-betul diperkembangkan dan dimanfaatkan, kita akan menjadi seorang Super Pintar dan mampu mengingati apa sahaja maklumat dengan tidak lupa selama-lamanya. Berapa ramai cendiakiawan Islam memanfaatkan keupayaan otak mereka untuk menghafal 6,666 ayat Al-Qur'an, menghafal 100,000 hadis dan menghafal puluhan kitab tebal yang mengandungi ribuan mukasurat. Mereka berupaya mengingati kitab-kitab tersebut lengkap dengan bab, muka surat, perenggan, ayat, baris, koma dan noktahnya sekali. Selain dari mempunyai daya hafazan yang mantap, mereka memiliki kepintaran yang luar biasa seperti yang berlaku kepada Imam Ghazali, Imam Syarie, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan lain-lain.



SISTEM INGATAN MANUSIA
Maklumat yang diterima akan disimpan di dalam ingatan. Terdapat dua jenis sistem ingatan :




(i) INGATAN JANGKA PENDEK


Maklumat yang diterima, disimpan di dalam ingatan jangka pendek dalam tempoh yang singkat, iaitu di antara 30 saat hingga 24 jam. Proses kehilangan maklumat dari gudang ini amat pantas kerana muatannya terhad. Ianya mudah hilang dari ingatan seperti nombor telefon, senarai harga dan nombor pendaftaran kenderaan. Sesetengah maklumat dari sistem ingatan jangka pendek akan berpindah memasuki sistem ingatan jangka panjang jika ianya diberi penumpuan dan diulang-ulang. Maklumat yang tidak berpindah ke sistem ingatan jangka panjang, kebanyakkannya akan lupus begitu saja.



(ii) INGATAN JANGKA PANJANG


Ingatan ini bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama. Sebenarnya setiap maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetap kekal sehingga ke akhir hayat seseorang. Yang menyebabkan kita tidak dapat mengingati kembali ialah kerana kelemahan untuk 'memanggil kembali' (recall) maklumat tersebut dari gudang ingatan jangka panjang.



Maklumat dari ingatan jangka panjang tidak akan luput. Ianya masih wujud dalam ingatan, cuma mengambil masa untuk dikeluarkan kerana sudah lama tidak digunakan. Anda mungkin pernah terserempak dengan kawan lama tetapi tidak dapat mengingati namanya. Puas anda cuba mengingati namanya semasa berbual tetapi gagal. Setelah pulang, tiba-tiba baru anda teringat namanya. Begitu juga kadang-kadang kita terlupa dengan sesuatu yang sudah diingati seperti nama jalan, bangunan atau tajuk buku. Selepas beberapa ketika kita mampu mengingatinya semula.



Ini menunjukkan maklumat itu masih ada, tetap tersimpan. Kita masih 'ingat' maklumat tersebut, bukan lupa. Cuma itu adalah kelemahan kita untuk memanggil kembali maklumat itu. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan 'LUPA' dalam kehidupan seharian. Penyelidikan pakar psikologi dan neurologi menegaskan kenyataan "Setiap maklumat yang tersimpan di dalam ingatan jangka panjang tidak akan hilang dan msunah selama-lamanya sehingga ke akhir hayat seseorang." Ini bukanlah cakap-cakap kosong tanpa bukti ilmiah dari para pengkaji otak. Pelbagai eksperimen saintis otak dan amalan ahli hypnotisme membuktikan penyataan tersebut. Dr. Wilder Penfield, seorang saintis otak dari Universiti McGill, Montreal, telah melakukan pembedahan ke atas otak pesakitnya. Beliau telah mengalirkan arus elektrik dengan kadar yang sangat halus pada otak subjeknya iaitu pada bahagian yang dikenali sebagai neucortex. Terbukti subjeknya didapati mampu mengingati peristiwa-peristiwa puluhan tahun lampau dengan terperinci. Misalnya warna baju, nombor-nombor telefon, perbualan pada hari-hari yang tertentu pada puluhan tahun yang lalu.



Begitu juga yang berlaku kepada para subjek ahli-ahli hypnotisme. Hypnotisme adalah ilmu membangkitkan minda bawah sedar seseorang dengan menidurkannya terlebih dahulu. Subjek-subejk ahli hypnotisme juga mampu mengingati kembali peristiwa lampau dan mampu menceritakan apa yang dilakukan oleh mereka pada hari-hari tertentu pada 10,20 malah 50 tahun yang lampau! Kedua-dua jenis eksperimen ini membuktikan maklumat tersebut tetap kekal di dalam ingatan dan tidak akan luput selama-lamanya.Orang genius dan yang mempunyai ingatan luar biasa ialah orang yang berkebolehan 'memanggil kembali' maklumat yang tersimpan di dalam sistem ingatan jangka panjang. Itu sahaja kebolehan mereka. Benarlah pendapat Professor Diraja Ungku Aziz bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk menyimpan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga banyaknya jika mengetahui tekniknya.Jika anda ingin menjadi gemius, anda haruslah menguatkan potensi otak dengan meransang, melatih, menyubur, menyihat dan mencergaskan otak melalui kaedah-kaedah moden dan tradisional. Kajian menunjukkan keupayaan otak boleh ditingkatkan perkembangannya melalui berbagai-bagai rangsangan, saranan, pemakanan, senaman, latihan, amalan dan pantang hidup. Kajian ulama-ulama Islam menambah bahawa amalan-amalan kerohanian termasuk doa, ibadah dan taqwa juga boleh menyubur dan mengaktifkan sel-sel otak.



OTAK YANG CERDAS TERLETAK PADA BADAN YANG SIHAT
Untuk mendapatkan otak yang sihat atau cerdas, kita perlu memiliki tubuh badan yang sihat terlebih dahulu. Oleh itu, anda perlulah melakukan senaman, mengamalkan amalan pemakanan yang berkhasiat, berzat, seimbang dan berjadual, amalan hidup yang betul dan menyihatkan, berpuasa, berjiwa tenang, membersihkan perut, dan lain - lain lagi rahsia yang dipaparkan di sini. Kesihatan mental bergantung kepada kesihatan tubuh badan.

RAHSIA 1 - PEMAKANAN UNTUK KEPINTARAN AKAL



Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.



Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.



Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.



MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL



1)KARBOHIDRAT


Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.



2)PROTEIN


Ia mata perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.



3)LEMAK


Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.



4)AIR


Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.



5)MINERAL


Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.



6)VITAMIN


Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.Vitamin AMenguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.



Vitamin B


Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.



Vitamin C


Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.



7)SERAT


Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.



ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN
Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.



Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.

AMALAN KEROHANIAN UNTUK MENDAPAT MENTAL YANG CERDAS, DAYA KEFAHAMAN YANG MANTAP DAN MUDAH MENGUASAI ILMU



Dirikan sembahyang hajat 2 rakaat. Pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah, baca surah Al-Kafirun 3 kali; rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 3 kali. Selesai sembahyang baca "Astaghfirullahal 'Azim" 3 kali. Kemudian bacalah selawat di bawah ini sebanyak 3 kali. Lakukan amalan ini selama 40 hari berturut-turut. Insya-Allah berkesan.















Sunday, February 22, 2009

Wali dan Keramat

Pengertian

Wali-wali Allah SWT adalah orang-orang saleh yang telah dekat kepada Allah SWT dan telah ‘arif billah sesuai dengan ketaatannya yang terus menerus kepada Allah dan dengan konsekuen meninggalkan segala bentuk maksiat yang bergelimang dengan hawa nafsu. Mereka adalah orang- orang yang selalu menyibukkan diri dengan zikrullah sesuai dengan sabda Rasul,Artinya : “Beruntunglah orang-orang yang sendirian”. Ditanyakan kepada beliau, “Siapakah Al Mufarridun (orang-orang yang sendirian) itu ya Rasulullah ?. Jawab Rasulullah, “Mereka adalah orang-orang yang menyendiri dan menyibukkan diri dengan zikir kepada Allah SWT. Karena zikir itu akan menghapuskan dosa-dosa mereka, maka mereka akan datang pada hari kiamat nanti dengan dosa yang ringan/sedikit (H.R. Tarmizi).

Keramat adalah sesuatu yang Khariqul’adah yang dianugerahkan Allah SWT kepada wali-wali- Nya sebagai suatu tingkat keistimewaan bagi mereka. Para wali-wali Allah yang telah mujahadah, bersungguh-sungguh dan terus menerus mendekatkan diri kepada Allah guna mendapatkan ridla- Nya, melaksanakan ibadat seimbang antara syariat dan hakikat, antara syariat lahir yang disertai dengan keihklasan batin lillahi ta’ala. Prof. Dr. Hamka mengatakan, “Tetapi orang-orang yang dianugerahi keistimewaan itu bukanlah terdiri dari manusia luar biasa. Segala orang, pendeknya segala kita, sanggup mencapai derajat waliullah itu, asal dipenuhi syaratnya.Firman Allah SWT,Artinya : “Sesungguhnya orany yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa.” (Q.S. Al Hujurat 49 : 13).Kalimat akrama (paling mulia) diambil dari karama (kaf, raa dan mim), dan dari sini diambil kata keramat.
Oleh sebab itu maka orang-orang yang saleh itu tidaklah perlu mempelajari sihir atau ilmu-ilmu ganjil pemagar diri, dan tidak perlu mempercayai tukang-tukang tenung dan ramal, mengetahui nasib. Dia telah beroleh yang lebih dari itu, yaitu anugerah Tuhan, karena dia dekat dengan Tuhan. Dengan jalan mensuci-bersihkan jiwa daripada perangai-perangai yang tercela.” (Hamka ,1984 : 115).Al Kharraz berkata, “Jika Allah berkehendak mengangkat salah seorang hamba-Nya menjadi wali, maka Dia akan membuka baginya pintu gerbang zikir kepada-Nya. Jika dia telah merasakan manisnya zikir, maka Dia akan membukakan baginya pintu kedekatan.
Kemudian diangkat-Nya dia ke kelompok yang akrab dengan-Nya. Kemudian ditempatkan-Nya dia di atas tahta tauhid. Kemudian diangkat-Nya tabir yang menghalanginya dan dibimbing-Nya dia ke Rumah Kesatuan dan mengungkapkan baginya kecemerlangan dan keagungan Ilahi. Manakala matanya memandang kecemerlangan dan keagungan Ilahi, maka tak ada sesuatu pun dari dirinya yang akan tertinggal. Pada saat itulah si hamba untuk sesaat sama sekali lenyap. Setelah itu dia akan berada di dalam perlindungan Allah, bebas dari pretensi apa pun mengenai dirinya sendiri” (Al Qusyayri 1994 : 270).

Al Qusyayri dalam ‘Risalah Sufi’nya mengatakan bahwa kata “Wali“(orang suci) mempunyai dua arti. Yang pertama berasal dari pola fa’il (pelaku) dalam artian pasif. Artinya Allah SWT mengambil alih urusan Insan (yatawalla) Si Wali. SebagaimanaAllah SWT berfirman “... dan Dia mengambil alih urusan (yatawalla) orang-orang Saleh” (Q.S. Al A’raf 7 : 196). Arti yang kedua berasal dari pola fa’il dalam pengertian intensif aktif. Ini berlaku pada orang-orang yang secara aktif melaksanakan ibadat kepada Allah SWT dan mematuhi-Nya sedemikian rupa hingga amal ibadatnya terus menerus bersusulan tanpa diselingi kemaksiatan. Kedua arti ini mesti ada pada seorang wali untuk bisa dianggap sebagai wali sejati (Al Qusyayri 1994 : .265-266).

Seorang wali bukanlah seorang yang maksum sebagaimana halnya Nabi dan Rasul Allah SWT. Maksum artinya terpelihara dari berbuat dosa besar maupun kecil selama-lamanya. Seorang wali adalah seorang yang Mahfuz, artinya terpelihara dari berbuat dosa besar, tapi tidak terpelihara dari dosa kecil. Kalaupun seorang wali berbuat dosa kecil, maka segera dia akan menyesal dan taubat dengan taubat nashuha dan sadarlah dia akan kelemahan dirinya.

B. Dasar Hukum
Ketetapan adanya wali-wali Allah SWT itu berdasarkan Al Quran dan Al Hadis.

1). Wali

Firman Allah SWT,Artinya : Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Q.S. Yunus 10 : 62).
Firman Allah SWT,Artinya : Karena sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan Al Kitab (al Quran) dan dia melindungi orang-orang yang saleh (Q.S. Al ‘Araf 7 : 196)

Sabda Rasulullah SAW :Artinya : Sesungguhnya ada beberapa hamba Allah SWT di mana para Nabi dan syuhada jatuh cinta dan iri kepada mereka (ingin seperti mereka). Para sahabat bertanya : Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ? Sebab mudah-mudahan kami ingin pula seperti mereka. Jawab Rasul, “ Mereka itu adalah kaum yang berkasih sayang atas dasar Nur Allah SWT, bukan atas dasar harta dan keturunan. Muka mereka bercahaya dan mereka berada di mimbar-mimbar berdasarkan Nur Allah, mereka tidak takut pada waktu manusia yang lain takut dan mereka tidak bersedih hati pada waktu manusia yang lain bersedih.” (H.R. An Nasai dan Ibnu Hibban).
Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari :Artinya : Sesungguhnya Allah SWT berfirman “Barang siapa yang memusuhi seorang penolong-Ku (wali-Ku), maka Aku mengumumkan perang kepadanya. Dan apabila hamba-hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu amalan, tanda lebih kasih ia kepada-Ku, daripada hanya sekedar mengamalkan apa-apa yang telah Ku-wajibkan atasnya, kemudian ia terus menerus mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan yang nawafil (yang baik) hingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku pendengarannya bila ia mendengar dan Akulah penglihatannya bila ia melihat dan Aku kakinya bila ia berjalan, jika ia memohon niscaya Aku perkenankan permohonannya, jika ia meminta perlindungan pastilah Aku lindungi dia.”(H.R. Al Bukhari).Itulah dasar hukum adanya wali.
2). Keramat
Adapun dasar hukum adanya kekeramatan para wali didasarkan kepada dalil naqli maupun aqli.
(1). Dalil Aqli

Kalau jaiz (boleh), apabila Allah SWT dapat memberikan mukjizat kepada para Nabi dan Rasul- Nya untuk pembuktian kebenaran mereka sebagai Nabi dan Rasul Allah, maka dapat pulalah bagi Allah memberikan keramat kepada hamba-hamba-Nya yang soleh yang berkualiti sebagai wali- wali Allah. Kekeramatan itu terlihat dan muncul pada masa hidup mereka dan berkelanjutan sampai dengan mereka telah meninggal. Begitulah pendapat para jumhur dan ahlus sunnah dan tidak ada satu mazhab pun dari mazhab yang empat yang mengatakan bahwa tidak ada lagi kekeramatan itu setelah mereka meninggal. Bahkan mereka mengatakan kekeramatan para wali setelah meninggal lebih aula (utama) dari kekeramatan pada waktu mereka masih hidup, karena mereka pada waktu itu suci dari kotoran-kotoran dunia.
Disebutkan orang, bahwa yang tidak nampak kekeramatannya setelah ia meninggal, maka kekeramatan-kekeramatan yang dinampakkan pada waktu hidup adalah kekeramatan yang tidak benar atau dusta. Sebagian ahli sufi mengatakan bahwa sesungguhnya Allah mewakilkan beberapa malaikat di makam para wali untuk memenuhi hajat orang yang memintanya dan kadang-kadang wali itu sendiri muncul memenuhi hajat orang yang berkehendak itu (Amin Al Kurdi 1994 : 367).
(2). Dalil Naqli

Sebagian dari dalil naqli dijumpai beberapa kisah-kisah dalam Al Qur’an dan Al Hadis, antara lain,- Kisah Maryam yang melahirkan Isa tanpa suami.Firman Allah SWT,Artinya : “Ia (Jibril) berkata sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci. Maryam berkata, “Bagaimana akan ada bagiku seorang anak- anak laki-laki, sedangkan tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku, dan aku bukan pula seoran pezina.” Jibril berkata, “Demikianlah Tuhanmu berfirman, “Hal itu adalah mudah bagi-Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.” Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. (Q.S. Maryam 19:19-22).-
Kisah pemeliharaan Zakaria terhadap Maryam.Firman Allah SWT,Artinya : Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati makanan disisinya. Zakaria berkata, “Hai Maryam, darimana kamu memperoleh (makanan) ini ?” Maryam menjawab, “Makanan itu dari sisi Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki- Nya tanpa hisab.” (Q.S. Ali Imran 3 : 37).Maryam berada di Mihrab itu sendirian dan kunci pintunya dipegang oleh Zakaria sendiri. Anehnya lagi, buah-buahan musim kemarau didapati pada musim penghujan dan sebaliknya (Amin Al Kurdi 1994 : 366 - 367).

Kisah Ashabul Kahfi. Mereka adalah jama’ah kaum muslimin yang lari dari tentara Rumawi. untuk menyelamatkan keyakinannya dan bertapa di dalam sebuah gua dengan tidak makan dan minum selama 309 tahun.Firman Allah SWT,Artinya : Dan mereka tinggal dalam gua mereka 300 tahun dan ditambah 9 tahun (lagi). (Q.S. Al Kahfi 18 : 25).

Kisah Asif Barqaya, seorang wazir atau menteri Nabi Sulaiman a.s. mengenai istana Ratu Balqis, yang diangkat dan dipindahkan oleh tenteranya orang-orang halus dari Yaman ke dalam kerajaan Nabi Sulaiman dalam waktu sekejap mata.Firman Allah SWT,Artinya : Berkatalah Sulaiman, “Hai pembesar-pembesar, siapakah diantara kamu sekalian yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang- orang yang berserah diri. Berkata ‘Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin, “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya (lagi) dapat dipercaya. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab, “Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip”. Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata, “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya).” (Q.S. An Naml 27 : 38 - 40).Yang dimaksud dengan seseorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab pada ayat di atas adalah wazir Nabi Sulaiman yang bernama Asif. Dengan kekeramatannya dapat memindahkan istana Balqis dari negeri Saba’ ke Kerajaan Sulaiman dalam sekejap mata. Jarak antara istana Balqis dengan istana Sulaiman adalah dua bulan perjalanan. Pemindahan istana tersebut dalam sekejap mata dilaksanakan oleh para malaikat dengan izin Allah yang berasal dari kudrat dan iradat-Nya sendiri.
Sungguh amat banyak sekali kalau kita mau menceritakan tentang keramat-keramat para wali pada zaman dahulu yang tertera di dalam Al Quranul karim ataupun Sunnah Rasul.Adapun keramat-keramat para wali setelah itu tidak kurang banyaknya yang diceritakan pada buku-buku tasawuf, antara lain umpamanya kekeramatan :-
*Rabi’atul Adawiyah yang mendapatkan beberapa wang emas di bawah tikar solatnya, memasak nasi tanpa memakai api dan sebagainya

*Ibrahim Khurasani yang pada suatu hari sedang berwudhu mendapati dengan tiba-tiba cincinnya tiba-tiba berubah menjadi permata, siwak giginya menjadi perak dan ujungnya lembut bagaikan benang sutra

*Sufi Saramqani mendapati roti dengan ayam panggang serta manisan gula di tempat solatnya sedang langgarnya terkunci rapat



*Prof. Dr. H. Kadirun Yahya MSc menggali kedahsyatan dan kehebatan Al Quranul Karim dengan metode zikrullah yang disalurkan melalui batu tawajuh dan air tawajuh untuk memadamkan letusan kawah Gunung Galunggung pada tahun 1982, menumpas komunis di perbatasan negara tetangga pada tahun 1974, memadamkan huru hara antara negara bahagian dengan ibu negara tetangga pada tahun 1977, menjinakkan badai dan ombak yang sangat dahsyat dengan seketika di Samudera Indonesia dekat pulau Nias pada tahun 1981, dapat menyelamatkan 156 orang pasukan yang dipimpin oleh Leftenan kol (marin) Bahder Djohan dalam operasi di Timor-Timur pada tahun 1982, pernah menghidupkan berpuluh-puluh orang mati dalam waktu yang relatif singkat dan masih banyak lagi yang kalau diterangkan di sini merupakan rangkaian daftar yang panjang sekali. Atas prestasi Ucapan terima kasih dan penghargaan telah banyak disampaikan kepada beliau, baik perseorangan maupun pemerintah.Selain itu beliau pun telah berhasil menyembuhkan beberapa penyakit yang sebahagiannya tidak mungkin lagi disembuhkan oleh doktor dan sebahagian lainnya belum pernah disembuhkan oleh doktor medik, dapat disembuhkan oleh beliau dengan izin Allah SWT melalui metode kedahsyatan dan kehebatan Al Quranul karim yang disalurkan melalui salurannya yang hak yang mendapatkan enerji dan power serta frekuensi tak terhingga ( ) dari Allah SWT. Demikian pula telah beribu-ribu orang yang disembuhkan melalui metode ini dan seluruhnya ada bukti-bukti tertulis berbentuk surat ucapan terima kasih, surat penghargaan dan sebagainya dari mereka-mereka yang telah mendapat pertolongan . Macam-macam penyakit itu antara lain :’liver abscess’, ‘lung abscess’, narkotika, cancer, cancer kulit, cancer payudara, hemarrhoide (wasir), jantung, tumor, batu empedu, pankreas dan lever, frostad, AIDS, menstruasi bulanan yang tidak pernah berhenti selama 8 tahun dan bahkan banyak sekali penyakit aneh dan ganjil yang tidak dapat disembuhkan secara medis. (Kadirun Yahya 1991 : 10 - 57).

C. Menzahirkan kekeramatan

Ada orang bertanya apakah keramat itu sama dengan sihir atau sama dengan mukjizat, dan apa pula perbedaan di antaranya. Perbedaan antara keramat dengan sihir adalah sihir itu terjadi di kalangan orang-orang fasik, orang-orang zindik dan orang-orang kafir yang tidak percaya kepada agama Allah SWT. Keramat terjadi pada orang-orang yang percaya pada Allah dan sungguh- sungguh mengerjakan syariat-Nya dan dengan mujahadah yang kuat sehingga sampai kepada derajat wali.Adapun perbedaan antara keramat dengan mukjizat bahwa keramat itu terjadi pada wali-wali Allah yang tidak menyatakan dirinya sebagai Nabi atau Rasul.
Mukjizat terjadi pada Nabi-Nabi atau Rasul Allah sebagai pembuktian atas kebenaran kenabian dan kerasulannya. Karena itu mukjizat wajib dinampakkan untuk keperluan dakwah dan dakwah dengan pembuktian mukjizat itu adalah akurat, sangat diperlukan.Seorang wali tidak wajib menzahirkan kekeramatannya, sebab ketentuan-ketentuan syariat agama telah tetap sesuai dengan yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasul Allah SWT. Oleh sebab itu menzahirkan atau menyembunyikan kekeramatan dibolehkan.Di kalangan para Syeikh sufi terdapat dua pendapat dalam masalah ini.
Pendapat yang pertama mengatakan sebaiknya para wali menyembunyikan kekeramatannya, sebab tidak ada keperluan dakwah untuk menampakkannya dan boleh juga menimbulkan fitnah atau riak yang boleh merusak kesucian rohani si wali itu sendiri. Para wali yang berpendapat demikian merasa takut kalau-kalau kekeramatan yang dia peroleh merupakan istidraj atau pemanjaan, karena kebencian, yang akan menjerumuskan sang wali. Yang berpendapat dengan pendapat pertama ini antara lain imam Abu Bakar bin Abu Fura.Syeikh Abu Yazid Al Bustami mengatakan wali-wali Allah adalah pengantin-pengantin-Nya. Karena itu tak seorangpun boleh melihat para pengantin itu kecuali keluarganya. Mereka ditabiri dalam ruang khusus di hadirat-Nya oleh keakraban.Abu Bakar as Saydalani menuturkan, suatu ketika aku berulang kali memperbaiki batu nisan makam Abu Bakar at Tamastani dan mengukir namanya pada nisan itu. Setiap kali aku selesai memperbaikinya, batu nisan itu digali dan dicuri orang dan akhirnya aku bertanya kepada Abu ‘Ali ad-Daqqaq tentang hal ini. Dia menjelaskan bahwa syeikh itu lebih suka tidak dikenal orang di dunia ini. Karena itu tidak suka juga dengan batu nisan yang berarti mempromosikan kenangan kepadanya.Rabi’atul Adawiyah tidak mengizinkan orang lain masuk ke dalam kamar khalwahnya, karena beliau tidak ingin orang lain menceritakan tentang keadaannya seperti beroleh emas di bawah tikar solatnya atau menanak nasi dengan tidak memakai api. Demikian diceritakan oleh Zulfah keistimewaan Rabi’atul Adawiyah.

Pendapat yang kedua mengatakan boleh saja seorang wali itu menzahirkan kekeramatannya, apalagi kalau dirasakan hal itu perlu untuk kepentingan dakwah dan tentunya wali tersebut tidak menimbulkan takabur atau ria dengan menzahirkan kekeramatannya itu. Abu Usman mengatakan, “Seorang wali mungkin termasyur kemana-mana, namun dia tidak akan tergoda oleh kemasyurannya itu.”Prof. Dr. H. Kadirun Yahya mengatakan, pada zaman sekarang ini dirasakan perlu pada suatu saat menampakkan kekeramatan itu dalam rangka menangkis tuduhan atau pendapat bahwa agama itu adalah hayalan belaka dan tak dapat dibuktikan. Seperti menangkis pendapat Salman Rusdi dengan ‘Ayat-Ayat Syetan’ (“The Satanic Verses”)nya.

Ulama Penyuluh Ummah

Haji Darun Haji Ibrahim ( 1840 – 1949)
.
Asal Usulnya Ulama ini dikatakan berasal dari Inderagiri, Sumatera. Ketika ramai orang-orang Minangkabau berhijrah ke negeri ini dalam abad ke 19, Haji Darun bin Haji Ibrahim turut menyertainya selepas mendalami ilmu agamanya di Periaman dan Padang Panjang di Bukit Tujuh Sumatera. Beliau dilahirkan dalam tahun 1840. Bapanya juga dikatakan ulama besar waktu itu. Haji Darun dinyatakan satu zaman dengan Tok Ku Luak Rembau datang dari Minangkabau. Tok Ku ini adalah sahabat karib Haji Ibrahim iaitu bapa kepada Haji Darun ini. Menurut ceritanya, Tok Ku ini berhijrah kerana menjauhkan diri dari tekanan kuasa adat di negerinya ketika itu.
.
Berhijrah
Haji Darun sampai ke Semenanjung Tanah Melayu dalam tahun 1880 iatu ketika usianya menjangkau 40 tahun. Beliau bermukim di Semenyih, Selangor yang turut menjadi perkampungan orang-orang Minangkabau. Selepas beberapa tahun mengajar agama di Semenyih dan kawasan sekitarnya, Almarhum Tuanku Muhamad YDP Besar menjemput ulama ini ke istana sebagai guru agama dan mengajar agama. Sebagaimana yang dimaklumi kerabat diraja Seri Menanti amat berminat dengan ilmu agama ketika itu. Salah seorang kerabat raja iaitu Tunku Besar Burhanudin belajar agama dari ulama ini sehingga dikatakan alim pula.Beliau turut mengajar agama di serata Daerah Kuala Pilah. Ramai anak-anak muridnya ternama dan alim seperti Haji Zakaria @ Tok Guru Galau dan Allahyarham Kadhi Haji Sulaiman Seri Menanti. Dalam masa hayatnya, ulama berjasa ini telah empat kali menunaikan haji dan mengajar di sana selama setahun. Kali terakhir beliau menunaikan haji dalam tahun 1934. Beliau juga ada balik ke Inderagiri beberapa kali menziarahi sanak saudaranya. Haji Darun ini dikatakan mempunyai karamah tertentu dan sangat dihormati oleh kerabat diraja dan penduduk negeri ini.
.
Meninggal Dunia
Setelah berbakti dalam bidang agama dan dakwah, beliau mengakhiri hayatnya dalam usia 109 tahun dalam tahun 1949 dan disemadikan di Seri Menanti. Orang alim ini meninggalkan sebuah kitab tasawuf bertulis tangan setebal 1000 muka yang dikarang oleh bapanya Haji Ibrahim. Dikatakan kitab ini telah berusia lebih 180 tahun ( jika dikira sehingga tahun 2003). Kitab bersejarah itu ada dalam simpanan anaknya Tuan Haji Abdul Latiff ( mengikut catatan Sdr Nawawi Haji Indek dalam tahun 1971). Pada 21 Februari 2005, penyusun berjaya mengesan cucunya bernama Puan Norzie Abdul Latif di Kuala Lumpur dan sempat berbual mengenai datuk dan bapanya. Beliau sekeluarga masih mencari kitab tasawuf tersebut selepas peninggalan bapanya.Menurut Norzie, bapanya Haji Abdul Latif juga seorang guru agama yang aktif masa hidupnya dan telah mendapat asuhan secara langsung dari bapanya. Beliau juga dikatakan mempunyai kelebihan berbentuk zahiriah sebagaimana yang dilihat sendiri oleh anak-anaknya.
.
Haji Ahmad Zain Dagang ( 1866 – 1959)
.
Asal Usul
.
Ulama ini berasal dari kawasan Mandailing, Sumatera. Dilahirkan dalam anggaran tahun 1866. Beliau belayar menyemberangi laut Selat Melaka untuk mengaji agama di Pondok Langgak ( Langgar ?) Kedah. Di sana beliau mengaji dengan Tuan Guru Haji Shaari Langgak selama 7 tahun.
.
Berkampung
.
Ketika di Kedah, beliau berkawan rapat dengan Lebai Yatim bin Selat anak tempatan Johol. Lebai ini telah memperlawa Haji Ahmad supaya datang ke Johol dan akhirnya beliau bertemu jodoh. Dikhabarkan bahawa beliau tidak pernah balik ke kampung halamannya sejak datang ke Tanah Melayu. Di sinilah beliau berkampung sehingga akhir hayatnya.
.
Mengajar
.
Haji Ahmad Dagang mendapat tauliah mengajar agama bagi masjid-masjid dan surau sekitar Kuala Pilah dan Daerah Tampin dari Undang Johol Dato' Wan Omar yang menjawat jawatan itu tahun 1901 hingga 1918. Di Segamat pula beliau mendapat tauliah dari Sultan Johor.Meninggal DuniaBeliau meninggal dunia ketika berumur 93 tahun ( 1959) di Johol. Kampung tempat beliau menyemenda ( berkahwin dengan gadis tempatan) ialah Kampung Paya. Menurut riwayatnya, beliau masih bertutur loghat Mandailing walaupun telah lama tinggal di Negeri sembilan.
.Haji Abdul Majid Haji Ibrahim ( 1850 – 1909)
.
Dalam zaman Undang Luak Johol ke 7 iaitu Dato' Saeto yang memegang kuasa dalam 1840 – 1901 lahir seorang anak lelaki pada tanggal 1850an di Kampung Gubah, Masjid Tua Johol. Anak ini dinamakan Abdul Majid bin Haji Ibrahim. Mengikut kisahnya beliau telah pergi ke Kota Bahru untuk mendalami pengajian agama di sana secara memondok selama 8 tahun. Tidak diketahui pula dengan siapa dan di mana pondok beliau berguru. Kemudiannya beliau belayar pula ke Mekah dalam tahun 1888 dan meneruskan pengajiannya selama 12 tahun pula. Jika dalam tempoh ini, pastinya beliau sezaman dengan beberapa tokoh ulama terkenal negeri ini seperti Haji Mustaffa Haji Ahmad Al Linggi, Sheikh Haji Muhamad Said dan diluar pula seperti Tok kenali, Tok Senggora dan Tok Kemuning dari kelantan. Zaman akhir abad ke 19, ramai penuntut-penuntut agama dari Tanah Jawi berkampung di Mekah mengaji agama.
.
Balik Kampung
.
Apabila kembali ke tanahairnya awal tahun 1900an, Haji Abdul Majid mula mengerjakan kegiatan dakwah dan membuka pondok pengajian di Kampung Eyor, Air Mawang Johol. Seperti ulama lain zaman itu, tugas mereka begitu berat untuk mendidik dan membenteras perbuatan khurafat atau bidaah yang menyelubungi masyarakat waktu itu. Allahyarham Haji Abdul Majid juga mengajar di masjid dan surau - surau dalam mukim Johol. Kitab-kitab yang kerap diajarkannya ialah seperti Darul Samin, Darul Napis dan lain-lain lagi. Pengajarannya telah membuka minda penduduk untuk menghayati agama dan jasanya masih diingati hingga sekarang. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1909 ketika berumur 60 tahun. Menantu beliau bernama Haji Mustaffa Haji Ahmad seorang ulama terbilang di Linggi meneruskan perjuangannya bagi penyibaran ilmu agama. ( baca riwayat hidupnya dalam segmen Ulama Luak Sungai Ujung).
.Haji Hassan Basir ( 1915 – 1978)
.
Latar Belakang
Tokoh ini berasal dari Kampung Sungai Jelutong , Mukim Ulu Jempol dalam Daerah Kuala Pilah. Dikenali sebagai Tuan Haji Hassan Basir atau nama penuhnya Hassan bin Basir bin Julat. Ibunya bernama Judah binti Deli. Haji Hassan lahir dalam tahun 1915. Beliau adalah anak tertua dari lima adik beradik. Adik-adiknya bernama Sulaiman, Sirak, Jaharah dan Haji Abdul Aziz . Bapanya bertanggung jawab secara langsung dalam mendidik anaknya ini kerana selepas memberi pendidikan asas, beliau telah menghantar Haji Hassan dalam usia belasan tahun ketika itu menuntut di Bukit Tinggi, Minangkabau Sumatera. Peliknya, beliau telah menjuruskan Haji Hassan untuk menuntut 'ilmu dunia' terlebih dahulu sebelum mengaji agama sehingga khatam.Menurut adiknya Tuan Haji Abdul Aziz Basir, abang telah menuntut '"lmu dunia" seperti ilmu perdukunan, kebatinan dan persilatan. Difahamkan beliau berupaya membuat lipan atau ular jadian dari ilmu yang dituntutnya. Selepas tamat berguru itu barulah beliau memulakan pengajian dalam bidang agama di Pasentran Bukit Tinggi. Butir-butir lanjut tempat pengajiannya sukar diperolehi kerana tiada maklumat jelas. Setelah mengaji agama ini, Allahyarham Tuan Haji Hassan mampu membezakan " ilmu hitam dan ilmu putih" dan beliau akhirnya alim dalam bidang agama.
.
Balik Kampung
Sekembalinya di kampung asalnya, beliau telah berkahwin dengan gadis sekampung bernama Somi binti Ahmad. Hasil perkahwinannya, beliau mendapat ramai anak tetapi ramai pula anak-anaknya meninggal dunia masa kecil. Anak-anak yang hidup menjadi pengubat lara mereka antaranya bernama Rosnah, Samsidar, Roslina , Norhayati , Roshidah dan Haji Nasarudin ( dikenali dengan nama 'Udo' ). Di kampung, beliau membuka kedai runcit dan sebuah surau untuk mengajar anak-anak belajar agama. Surau tersebut bersebelahan dengan rumahnya. Kanak-kanak yang datang mengaji biasanya akan tidur di surau. Sebelum waktu maghrib, mereka akan berduyun-duyun 'balik surau'. Mereka terlebih dahulu bergotong royong mengambil air perigi untuk memenuhkan tempayan dan membersihkan surau. Beliau benar-benar komited dalam mendidik kanak-kanak tersebut. Apabila mendengar kanak-kanak tersilap membaca Al Quran, Allahyarham akan menegurnya walaupun waktu itu beliau berada dalam rumahnya. Menurut Haji Abdul Aziz, beliau dan kanak-kanak lain cukup kecut perut ( takut) dengan Haji Hassan. Miskipun tidak pernah merotan budak-budak tetapi beliau semacam ada 'penggering' yang mampu menakutkan mereka. Menjelang subuh, sesiapa yang lewat atau liat bangun sholat berjemaah akan disimbah dengan air dari tempayan. Mereka kemudianya pergi pula bersekolah rendah yang terletak bersebelahan rumah Haji Hassan.
.
Membina Sekolah
Kerana prihatin dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak di kampungnya, Allahyarham Haji Hassan telah mewakafkan sebahagian tanahnya yang bersebelahan rumahnya untuk didirikan sebuah sekolah. Dengan bantuan penduduk kampung dan budak-budak yang mengaji dengan beliau, mereka telah membina sekolah. Haji Abdul Aziz menceritakan kisah mereka bergotong royong tidak kira siang dan malam untuk meratakan tanah tapak sekolah. Mereka menggunakan belulang kulit kerbau untuk menarik tanah waktu itu. Dianggarkan sekolah ini mula beroperasi di awal tahun 1950an. Sekolah Melayu ini kemudiannya diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Jelutong. Allahyarham Haji Hassan Basir turut dilantik sebagai guru agama di sekolah ini.
.
Peringkat awalnya, sekolah baru ini beratapkan rumbia dan meja serta bangkunya diperbuat dari buluh sahaja. Bapa penyusun, Allahyarham Cikgu Baharuddin bin Muhamad ( 1927 – 1985) adalah salah seorang Guru Besar sekolah ini. Beliau mula bertukar ke sekolah ini dalam pertengahan tahun 1965. Penyusun turut bertukar ke sekolah ini dalam tahun 1966 dalam darjah dua. Ketika itu bangunan sekolah baru, sebuah rumah guru dan kantin telah dibina. Bangunan lama masih berdindingkan papan tetapi masih boleh digunakan. Penyusun masih ingat padang sekolahnya belum sempurna lagi kerana berlopak-lopak dan menjadi kubang kerbau.
Photo: Menteri Pelajaran En. Khir Johari merasmikan bangunan sekolah baru SK Sg Jelutong tahun 1967. Haji Hassan Basir di belakang menteri dalam tanda bulatan.
.
Berbagai aktiviti untuk memperindahkan sekolah dan meningkatkan tahap pendidikan murid-murid telah dilaksanakan. Sudut makmal sains dan mini zoo turut disediakan. Pernah murid-murid sekolah dikerahkan melapah seekor harimau akar kulitnya dijadikan koleksi sudut sains sekolah kami. Haji Hassan pernah bercerita kepada murid-murid sekolah kisah pengalamannya di Bukit Tinggi, Sumatera. Beliau selalu diusik hantu yang kerap menjelma ketika beliau pergi atau pulang dari pusat pengajiannya. Kerana marah dengan gangguan itu, suatu hari beliau telah membakar muka hantu itu dengan suluh daun kelapa sehingga terbakar janggut hantu. Mungkin kejadian itu ada kena mengena dengan ujian mengaji ilmu dunia yang dipelajarinya.
.
Peribadi
Pada hemat penyusun, Allahyarham Haji Hassan seorang yang mudah mesra dan peramah bila bertemu seseorang yang sealiran dengannya. Ini kerana beliau kerap berbual panjang dengan bapa penyusun dalam pejabat Guru Besar. Banyak rahsia perjuangan masa lampau dari mereka berdua, terutamanya berkisar tentang gerakan memperjuangkan martabat bangsa dan tanahair. Bapa penyusun sendiri adalah bekas pelajar sekolah Jepun di Kua Gakuin Saimon Road, Singapura dalam tahun 1945. Menurut ibu penyusun, beliau aktif dalam gerakan pro-kemerdekaan dan mungkin terlibat dalam Kesatuan Melayu Muda ( KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob kerana banyak gambar-gambar lamanya dengan tokoh ini. Haji Abdul Aziz Basir memberi tahu bahawa abangnya Haji Hassan pernah ditahan tiga bulan oleh Penjajah British kerana disyakki terlibat dengan peristiwa kebangkitan orang-orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
.
Selepas tamat perang dalam tempoh 14 hari iaitu 15 Ogos hingga 30 Ogos 1945 sebelum Tentera Berikat kembali menguasai Tanah Melayu, kumpulan Tentera Bintang Tiga yang dianggotai ramai kaum Cina telah bermaharajalela membuat kacau bilau. Tempoh tersebut merupakan satu suasana vacuum kerana tiada mana-mana kerajaan yang memerintah kecuali Kumpulan Bintang Tiga. Golongan ini telah membalas dendam terhadap penyokong Jepun dan sesiapa yang dianggap talibarut. Peristiwa itu mencatat sejarah kerana ramai orang-orang Melayu yang dianggap pro Jepun atau mangsa balas dendam peribadi menjadi sasaran. Datuk penyusun sendiri telah hilang atau dibunuh oleh Bintang Tiga ini. Akibat tekanan yang mendesak ini, orang-orang Melayu dibanyak tempat dan tidak terkecuali Kawasan Ulu Jempol ini telah bersatu dan bangkit menentang Bintang Tiga. Peristiwa Perang Batu Kikir dianggap kemuncak 'bertemu buku dengan ruas' di mana hampir sebahagian besar penduduk menyertai gerakan sehingga terakam peristiwa berdarah ini dalam lipatan sejarah pergolakan antara kaum waktu itu.
.
Sebelum kejadian Tragedi 13 Mei pula, Allahyarham pernah meramalkan bahawa negara akan dilanda suatu bala' dan menyarankan penduduk kampung berwaspada. Peringatan itu disampaikan oleh beliau di Kilang Mesin Padi Simpang Sungai Jelutong yang menjadi tempat penduduk kampung berkumpul.
Bersara
Selepas bersara, Haji Hassan mengajar agama di beberapa buah masjid dalam Kariah Mukim Ulu Jempol. Allahyarham Haji Hassan telah beberapa kali menunaikan fardhu haji dan terakhir selepas beliau bersara wajib dari perkhidmatan. Beliau juga kerap dikunjungi orang untuk berubat dan dikatakan pandai mengubat atau mengawal orang-orang yang berpenyakit gila. Beberapa orang anak cucunya berjaya melanjutkan pendidikan hingga ke Azhar dan Madinah dalam jurusan agama. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1978 dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Ghalib, Sungai Jelutong. Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Jelutong yang diasaskannya telah ditutup dalam tahun 1980an kerana bilangan murid-murid di sekolah ini telah berkurangan. Ramai anak-anak muda dan penduduk kampung telah berhijrah keluar terutama apabila pembukaan kawasan baru Felda.
.
Usaha membangunkan semula sekolah
Dalam tahun 1995, penyusun bersama Tuan Haji Abdul Aziz Basir iaitu adik Allahyarham Haji Hassan telah merancang untuk menjadikan bekas sekolah berkaitan Maahad Tahfiz di bawah pengurusan Madrasah Annuriah, Sungai Udang Melaka. Jawatankuasa penaja dari Kampung Sungai Jelutong telah membuat lawatan ke Annuriah bagi maksud tersebut. Lawatan balas pihak Annuriah juga berlaku di mana Tuan Guru Haji Jaliluddin Abdul Wahid, mudir Annuriah menunjukkan komitmennya untuk membantu menubuhkan maahad ini. Menariknya, perbezaan kefahaman politik antara beberapa penaja dengan Haji Jaliludin selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka tidak menjadi halangan untuk menjayakan usaha murni itu. Malangnya, permohonan menggunakan bekas sekolah tidak diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Negeri kerana mereka ingin menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat latihan. Kini, bekas sekolah ini dikenali Kem Pusako di bawah kendalian Pejabat Pendidikan Daerah.
layari : http://afdhal2004.blogdrive.com/.
Sheikh Ahmad Mahktum ( 1400 - 1467 )
.
Batu Bersurat
Batu Bersurat ( batu nesan) yang ditemui Kota Kempas atau Pengkalan Kempas kira-kira 150 tahun lalu membuktikan Linggi telah lama dijejaki oleh ulama dalam menyibarkan Islam di nusantara ini. Pusara Sheikh Ahmad Makhtum di Sungai Udang, Pengkalan Kempas terletak kira-kira 23km dari bandar Port Dickson. Batu ini bertarikh tahun 850 Hijrah atau bersamaan tahun 1467 Masihi iaitu zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Islam Melaka di bawah pemerintahan Kesultanan Mansor Syah.
.
Pusara Sheikh Ahmad Makhtum ini dikatakan telah dijumpai oleh mertua Tuan Guru Lebai Abbas Zakaria ( riwayat hidup Tuan Guru ini ada dipaparkan dalam koleksi ini) ketika beliau menebang hutan untuk membuat ladang bercucuk tanam di sana. Para peneroka tanah zaman itu telah mengambil inisiatif untuk membersihkan pusara ulama ini.
.
Photo: Batu Bersurat
.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
.
Sheikh Ahmad Mahktum mungkin dilahirkan dalam awal tahun 1400an dan belayar ke sini untuk berdakwah dan berdagang. "Batu Bersurat" mengandungi fakta sejarah dan kegigihan ulama ini dalam menyibarkan dakwah Islamiah. Catatan sejarah menyatakan dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, baginda melaksanakan dasar pengluasan empayar Melaka dan penyibaran agama Islam. Antara kawasan taklukan Melaka waktu itu ialah Selangor, Bernam, Perak, Pahang, Kampar, Siak Singapura, kepulauan Bentan dan sekitarnya.
.
Para orientalis seperti Tom Pires menulis tentang kegemilangan dan dasar pengislaman baginda. Antara lain mengatakan :
.
"Baginda mengambil semua puteri yang cantik-cantik daripada saudagar-saudagar Parsi serta Keling dan menjadikan gundik baginda, mengislamkan mereka sebelum berkahwin dan mengahwinkan mereka dengan anak-anak menteri dan disertakan mas kahwin, dan adat perkahwinan berlainan kaum ( kahwin campur) tidak menghairankan di Melaka."
.
Dasar 'Marriage of convenience' yang juga bermaksud politik ini dikira mempercepatkan Islamisasi kawasan taklukan Melaka. Sultan Mansur turut memuliakan alim ulama dan baginda sendiri belajar ilmu agama hingga ke tahap ilmu tasawuf. Zaman baginda juga kerja menterjemahan kitab-kitab agama dari Arab dilakukan seperti kitab Ad Durrul Manzum karangan Maulana Abu Ishak dari Mekah. Penterjemah kitab inilah Makhdum Patakan di Pasai.
Sehubungan itu, nama Makhdum atau Makhtum ini mungkin serasi atau dikenali sebagai orang alim dari tanah Arab. Ini kerana dalam "Salasilah Sulu" ada juga mencatatkan pendakwah tanah Arab bernama Karim Al Makhdum ( kemudiannya dikenali Tuan Syarif Aulia) datang ke pulauan Sulu untuk memperteguhkan Islam di sana. Berdasarkan rakaman bertulis Ibnu Battuttah yang pernah singgah di nusantara dalam tahun 1300an, dilaporkan sudah ada kalangan para pendakwah dari tanah Arab yang bermukim dibeberapa penempatan di sini.
.
Terdapat dakwaan juga yang mengatakan Sheikh Makhtum ini berasal dari Benua India. Kalau berdasarkan namanya, kita mungkin cenderung untuk menganggap beliau berketurunan Arab. Bagi sumber-sumber dari Sumatera pula mendakwa Sheikh Ahmad ini berasal dari Minangkabau. Nawawi Haji Indek menyatakan bahawa beliau pernah bertemu seorang tua yang telah lanjut usia ( 91 tahun) bernama Haji Hussin bin Zainuddin atau dipanggil Haji Mat Kulum, orang tua ini mendakwa ulama tersebut dari Patani kerana tulisan di batu nesannya banyak menyamai dengan tulisan di perkuburan Patani. Berdasarkan tahun di Batu Bersurat ini maka diyakini agama Islam telah tersibar di kawasan Linggi atau negeri ini amnya ketika zaman kegemilangan kesultanan Melaka.
.
Kerancakan pengajaran agama Islam hanya dapat dikesan di awal abad ke 19 sahaja ketika zaman Dato' Kelana Bahai ( 1800- 1830an) dan Dato' Muda Linggi Jeragan Abdul Rahman. Zaman itu lahirlah tokoh – tokoh ulama terkenal seperti Haji Idris bin Haji Mokmin bin Nakhoda, bapa kepada Sheikh Haji Jamaludin Idris. Keturunan dan anak murid mereka telah banyak merakamkan sejarah tentang kegigihan ulama dalam menyampaikan ilmu Islam di negeri ini.

Thursday, February 19, 2009

Church terbesar sedang dibina

The Calvary Convention Centre (CCC)





Kepada saudara dan saudari se-Islam denganku. Tahukah anda apa yang sedang rancak dibina di Bukit Jalil?? Ketahuilah bahawa Kristian di Malaysia sedang giat membina sebuah gereja yang dinamakan..




The Calvary Convention Centre

The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities. These activities include the hosting of international, regional and nationalconventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation's young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.



The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements. The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.



DIMANA IA DIBINA??? The Calvary Convention Centre is located on a 4.9 acre piece of land within the identified International Zone at Bukit Jalil, in the southern part of Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur It is surrounded by parks and established institutions and is accessible by an excellent network of highways.

TAK PERCAYA?? SCROLL DI BAWAH Progress of CCC Construction progress as of October 2008





Sumber: http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html dan http://www.calvary.org.my/










Wednesday, February 18, 2009

Senarai Tuan Guru kepada Tobib Us Amran Al Nahrain

Tuan Guru Dato' Ustaz Ismail Kamus

Tuan Guru Dato' Dr.Haron Din

Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari
Tuan Guru Dato' Seri Ustaz Hj Abdul Hadi Awang

Tuan Guru Dato' Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat

Allahyarham Tuan Guru Sheikh Abdul Karim Al Mudarris(Kurdi)

Akan dikemaskini InsyaAllah






























































































Mata Wang Dinar Iraq tahun 1995-1999




Anggaran nilai tukaran Dinar Iraq 1.500= 1 Dollar Amerika











Monday, February 16, 2009

Bukti Obama Seorang Yahudi













(Obama memakai Yarmulke, topi orang Yahudi)






1. Barrack, nama pertama Obama, adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel Ehud Barak juga mengambil nama pertamanya "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk sinagog.
2. Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz".

(Obama didampingi oleh seorang Master Jew)
3. Obama mendapat sejumlah 77% suara dari Yahudi ketika pemilihan umum AS kemarin . Tahun 2004, John Kerry hanya mendapat 74% suara dari pemilih Yahudi. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat suara Yahudi yaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak suara Yahudi di Connecticut dan Massachusetts . Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel .
4. Ketika Obama terpilih menjadi Presiden AS, hampir semua orang di dunia bergembira karena ia diyakini akan membawa banyak perdamaian untuk dunia internasional. Tapi banyak pula yang tidak sadar jika selama ini rekor peperangan yang dibuat oleh Demokrat jauh lebih banyak dari Republikan, dan Obama adalah seorang Demokrat tulen. Banyak yang percaya Obama tidak jauh berbeda dengan Bush. Malah banyak yang menyebut Obama sebagai "Bush Kulit Hitam".
(Rangkaian terakhir Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan pesan rahasia sesama orang Yahudi saja).
5. Obama mengangkat Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel ) menjadi White House Chief Of Staff. Mentor Obama sendiri yaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA! " dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008.
6. Obama menganggarkan $30 milyar bantuan AS kepada Israel. Jumlah yang sangat banyak dan juga banyak dikritik pengamat ekonomi negaranya.
(sa/berbagaisumber)
assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Heart Attack

Melegakan derita sakit urat

Resdung