Wednesday, May 25, 2011

ANTARA SUMBER MAKANAN BANTU REDAKAN STRES


1. Ayam bakar dan daging

Ia memberikan protein yang baik pada tubuh badan. Ia menghasilkan doparnin dan norepinefrin iaitu sebatian kimia semula jdi di dlm otak untuk mengekelkan kewarasan anda.

2. Kacang badam

Mempunyai khasiat antistres yang luar biasa. Lengkap dengan vitamin B2, vitamin E, magnesium di dlmnya membantu menenangkan dan mengembalikan emosi yg baik. Ia juga menghalang radikal bebas dan serangan jantung. Makan segenggam badam setiap hari untuk kesihatan anda.

3. Bertih jagung

Makan bertih jagung (sumber karbohidrat) untuk membantu mengeluarkan serotin iaitu sebatian kimia di dlm otak yang akan membuat kita berasa lebih tenang sehingga ia membuatkan anda lebih relax.

4. Sushi

Sesiapa pengemar sushi ini ada berita baik. makan sushi mempunyai khasiat pada tubuh badan kita. iaitu Asid pantothenic penting bagi kelenjar adrenalin untuk menguruskan stres tubuh. 

5. Coklat

Coklat akan membantu anda menenangkan emosi anda. Ia dipenuhi dengan nadamin dan feniletilamin yang membantu kerja saraf dan membuatkan anda lebih tenang kunun dia bilang.

6. Nenas dan buah berri

Anrioksidan yang terkandung dalam sayuran berwarna cerah membantu melawan radikal bebas dlm tubuh. Ini kerana otak akan menyerap lebih banyak oksigen, maka antioksiden akan membantu mengurangkan kerosakan sel otak disebabkan oksidan yg ada.

7. Ikan

Ikan mempunyai Vitamin B lengkap terutama B6 dan B12 yg diketahui boleh mengurangkan stres. Omega 3 dlm ikan membantu menghalang pertumbuhan hormon kortisol yg boleh menyebabkan stres serta peningkatan tekanan darah.

8. Sayuran hijau

semua sedia maklum sayur hijau amat penting untuk tubuh. Selain membekalkan pelbagai vitamin dan tenaga ia juga boleh menurunkan tahap stres anda dan membolehkan anda berfikir dengan tenang. Makan lah salad secara mentah ia baik untuk kesihatan anda.

9. Roti gandum

Roti, nasi putih atau kuih muih boleh mengenyangkan tetapi kita akan merasa mengantuk dan boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. namun gandum kesan nya lain, selain kenyang ia akan mengurangkan stres yg dialami

10. susu

mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan punca stres anda. Minum susu pada waktu pagi dan malam (sebelum waktu tidur).

No comments:

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Heart Attack

Melegakan derita sakit urat

Resdung