Wednesday, May 25, 2011

Tahukah anda – Khasiat Bertih Jagung(popcorn)?

Ramai yang gemar makan porpcorn atau lebih dikenali sebagai bertih jagung di kalangan orang Melayu. Snek ini paling popular dan sangat digemari terutama sewaktu menonton wayang di pawagam. Namun tak ramai yang tahu popcorn mempunyai khasiat yang sanagt baik untuk kesihatan.

Porocorn diketegorikan sebagai bijiran sempurna atau whole grain yang berkhasiat tinggi seperti oat, barli dan beras perang.

Popcorn mengandungi tiga bahagian bijirin iaitu germa, bran dan endosperma


Germa – Bahagian yang sangat kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi protein dan lemak yang menyihatkan.

Bran - Lapisan kulit yang melindungi isirong atau kernel yang berfungsi seperti kulit kacang. yang kaya dengan nutrien, vitamin B, antioksidan dan serat.

Endosperma – Bahagian dalam isirong yang lembut yang mengandungi kanji dan protein dan sedikit vitamin dan mineral.

Bijian sempurna seperti popcorn dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan beberapa penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kolesterol, kencing manis, obesiti dan beberapa jenis kanser.

Seorang ahli kimia Amerika Dr Joe Vinson mendapati popcorn mengandungi paras polifenol yang tinggi yang merupakan antioksidan yang dipercayai dapat menyingkirkan redikal bebas dari badan. Reikal bebas merupakan kimia yang berpotensi menyebabkan kemusnahan sel dan tisu dalam tubuh.

Popcorn amat baik bagi mereka yang obesiti yang sedang cuba menurunkan berat badan. Menagmbil popcorn sebagi alas perut dapat memberi rasa kenyang yang panjang.

Makanan ini juga antara yang senang nak dimakan (tanpa payah nak pikir).. adalah pop corn.. bertih jagung la tu.. sama ja. 

Bukan je senang nak makan, setiap bekas pop corn tu hanya mengandungi 30 mg kalori, tu pun kalau diproses tanpa gula dan marjerin. Tapi, kalau tak dae yang tu, mana nak sedap kan? 

Pop corn ni sangat berekhasiat, kaya dengan karbohidrat dan protin yang tinggi. Ma amatlah sesuai untuk tujuan "pengurusan" badan..

Banyak lagi kebaikan yang terdapat dalam popcorn yang patut menjadi snek pilihan.

No comments:

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Heart Attack

Melegakan derita sakit urat

Resdung