Monday, November 19, 2007

MATI PUCUK LELAKI MENDERITA DALAM DIAM


MATI PUCUK LELAKI MENDERITA DALAM DIAM

PADA 1994, kajian ke atas lelaki berumur di Massachusetts mendapati bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan. Ia juga berlaku di kalangan pemuda berusia 20-an dan 30-an.
Manakala, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun. Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut.

Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.

Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan 'kejantanan' lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.

"Lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin perlu mengambil langkah permulaan untuk mengetahui bahawa mereka tidak perlu menderita dalam diam. Walaupun, ia merupakan penyakit serius tetapi boleh diubati. Lebih baik menemui pakar urologi atau sakit tuan jika terdapat tanda awal masalah tersebut agar dapat dirawat segera," kata Pendaftar Perbidanan Pusat Rawatan Islam, Dr Mohd Daud Yahya.

Kebanyakan orang merujuk penyakit ini sebagai mati pucuk mungkin disebabkan anggapan negatif yang tertanam di benak mereka sejak sekian lama. Justeru kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan doktor. Sesetengahnya pula bimbang bahawa ujian yang dijalankan untuk mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan jika mereka mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan.

"Sebahagian besar pesakit di Asia, merangkumi 47peratus cuba mendapatkan rawatan sendiri melalui perubatan tradisional seperti berurut, minum air tongkat Ali, memakan ikan linang, serbuk badak sumbu dan ubat-ubat tradisional lain. Cara-cara tradisional boleh juga membantu tetapi fungsinya tidak sama. Urutan boleh membantu daya keteganan apabila bekalan darah dapat mengalir ke buah zakar tetapi urutan tidak meningkatkan libido (ghairah seks). Sebaliknya, amalan memakan ubat-ubat tradisional boleh meningkatkan libido tetapi bukan untuk ketegangan.

Untuk mendapatkan kepuasan seks, libido dan ketegangan perlu jalan seiring. Dianggarkan 3 8 peratus pesakit menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum meminta bantuan doktor sementara dua pertiga lagi menunggu sehingga 12 bulan, ielas Dr Daud.

No comments:

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Heart Attack

Melegakan derita sakit urat

Resdung