Thursday, April 30, 2009

Kuasa Mata,kesan dan rawatanya dalam Islam

Kuasa mata dengki
Pandangan yang disulami dengan perasaan dengki boleh membawa kesan yang memudaratkan kepada perkara yang dilihat. Ini adalah pendapat kebanyakan para ulama.
Firman Allah swt:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir hampir menumbangkan dan memusnahkan mu dengan kuasa mata mereka ketika mana mereka mendengar bacaan Quran mu. Mereka juga berkata : Sesungguhnya Muhammad adalah orang gila.” (51 : al-Qalam)
Ibnu Kathir berkata:
“Ayat ini adalah sebagai dalil kepada kuasa dan kesan mata adalah benar dengan izin
Allah.”
Nabi saw bersabda: العين حق
Maksudnya: “Kuasa mata adalah benar.” ( Hr Bukhari dan Muslim )
Berlindung dengan Allah dari kuasa mata
Nabi saw bersabda: استعيذوا بالله من العين فإن العين حق
Maksudnya: “Hendaklah kamu berlindung dengan Allah dari kuasa mata, sesungguhnya kuasa mata adalah benar.” (Hr Ibnu Majah – sahih)
Oleh itu, seorang muslim hendaklah sentiasa membaca pendinding sperti al-Fatihah,ayat 1-5 al-Baqarah, ayat kursi dan 2 ayat selepasnya, 2 ayat akhir surah Baqarah dan 3 qul pada pagi dan petang.
Kuasa mata memberi kesan dengan ketetapan Allah
Nabi saw bersabda:
العين حق ولو شيء سابق القدر سبقته العين
Maksudnya: “Kuasa mata adalah benar, kalaulah ada yang mendahului ketetapan Allah, nescaya kuasa mata yang mendahuluinya.” (Hr Muslim –sahih)
Imam Nawawi berkata:
Sesungguhnya semua perkara adalah dengan ketetapan Allah. Tidak akan berlaku apa pun melainkan mengikut apa yang telah ditetapkan Allah dan Allah telah terdahulu mengetahuinya. Tidak akan berlaku kebaikan dan keburukan termasuklah kemudaratan kuasa mata melainkan dengan ketetapan Allah. Hadis ini menunjukkan benarnya kuasa mata dan ianya boleh memberi kemudaratan yang kuat.” (Syarah sahih Muslim)
Akibat dari kuasa mata
Nabi saw bersabda:إن العين لتولع بالرجل بإذن الله حتى يصععد حالقا فيتردى منه
Maksudnya: “Sesungguhnya kuasa mata yang mengenai seseorang lelaki itu menyebabkan dia pergi ke tempat yang tinggi kemudian mencampakkan diri ke bawah dari tempat tersebut.” (Hr Ahmad – sahih)
Nabi saw bersabda: العين تدخل الرجل القبر وتدخل الجمل القدر
Maksudnya: “Kuasa mata boleh menyebabkan seseorang itu mati dan masuk kubur dan boleh menyebabkan unta hampir mati, disembelih dan dimasak di dalam periuk.”
(Hr Abu Nuaim – hasan)
Cara kuasa mata memberi sebab kemudaratan kepada manusia
Imam Ibnul Qayyim berkata:
“Kuasa mata memberi kesan dengan cara perhubungan, perjumpaan, melihat, mengutuskan roh kepada orang yang hendak diberi kesan buruk, bacaan jampi dan pukau.”
Imam Ibnul Hajar berkata:
“Hakikat kuasa mata adalah pandangan kepada yang dianggap elok bercampur dengan perasaan dengki dari tabiat yang keji yang menyebabkan kemudaratan kepada yang dipandang.”
Merawat kesan buruk dari kuasa mata
1. Dengan memandikan pesakit
Nabi saw bersabda: وإذا استغسل أحدكم فليغسل
Maksudnya: “Apabila salah seorang kamu diminta utk memandikan saudaranya yang terkena kuasa mata hendaklah dia memandikannya.” (Hr Muslim)
Aisyah ra berkata:
“Orang yang matanya menyebabkan mudarat orang lain disuruh berwuduk dan orang yang terkena penyakit sebab kuasa mata dimandikan dengan air wuduk tadi.” (Hr Abu Daud – sahih)
2. Dengan Membaca jampi yang syar’ie
Anas ra berkata: “Rasulullah saw membenarkan bacaan jampi untuk penyakit yang dari kesan kuasa mata.” (Hr Muslim)
Bacaan jampi dengan ayat Quran (3 Qul) dan doa2 Nabi saw (Hr Muslim)
بِسْمِ اللهِ يُبْرِيْكَ مِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيْكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَمِنْ كُلِّ شَرِّ ذِيْ عَيْنٍ
Contoh kes:
kes 1 seorang budak yang petah bercakap dan pandai berceramah menjadi bisu. Para doktor tidak mampu mengubatinya. Akhirnya sembuh setelah 7hari minum air yang dibacakan jampi dr ayat Quran dan hadis.
Kes 2 Rumah yang dilatangi seorang permpuan tua yang miskin. Setelah dia balik, rumah tadi dipenuhi ulat. Setelah direnjis dgn air yang telah dijampi dgn ayat Quran dan hadis maka rumah tadi menjadi seperti biasa.
Kedua2 kes ini adalah disebabkan kuasa mata.
Rujukan: Tafsir Sobuni, Sorimil Battar oleh Syekh Wahid Abdus Salam Bali, Syarah sahih Muslim

Pandangan Islam

Darah keluar ketika hamil ; pandangan Islam dan perubatan

Para ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum darah yang keluar ketika wanita hamil kepada dua pendapat seperti berikut:
Pendapat pertama: Darah yang keluar ketika wanita hamil adalah darah haid.
Ini adalah pendapat mazhab Syafie dan Maliki. Ia juga pendapat az-Zuhri, Qatadah, laith, Ishak, Aisyah ra, Yahya bin Sa’id dan lain-lain.
Pendapat kedua: Darah yang keluar ketika wanita hamil adalah bukan darah haid.
Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan Hambali. Ia juga pendapat Ibnu Abbas, Thauban, Sa’id bin Musayyab, Ato’ Ikrimah, as-sya’bi, at-thauri dan lain-lain.
Dalil pendapat pertama:
1. Umumnya ayat tentang haid:Firman Allah swt:ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض
“Dan mereka bertanya kamu tentang hukum haid. Katakanlah haid adalah kotoran yang menyakiti. Hendaklah kamu tidak menyetubuhi isteri-isteri kamu ketika mereka berhaid.” (222 : al-Baqarah)
Bentuk pendalilan: Ayat ini menyebut secara umum tentang haid tanpa membezakan diantara dalam keadaan hamil atau tidak hamil.
2. Nabi saw bersabda:إذا كان دم الحيضة فإنه دم أسود يعرف
“Sekiranya darah haid, ia adalah darah hitam yang dikenali.” (Hr Abu Daud)
Hadis ini umum tanpa menyatakan perbezaan diantara yg hamil dan tidak hamil
3. Darah ini dianggap haid kerana keluar pada hari biasa (bukannya pada hari istihadah).
Dalil pendapat kedua:
1. Nabi saw bersabda:لا توطأ حامل حتى توضع ولا غير ذات حمل حتى تحيض حيضة
“Wanita tawanan perang yang dijadikan hamba dan hamil tidak boleh dijimak sehinggalah dia melahirkan anak. Tidak dijimak wanita tersebut yang tidak hamil sehinggalah dia berhaid dan habis haidnya.” (Hr Abu Daud – 2157)
Hadis ini menunjukkan kepada wanita yg hamil tidak berhaid. Ini kerana perbezaan hukum diantara yang hamil dan tidak hamil. Hukum yang tidak hamil dgn haid.
2. Nabi saw bersabda yg ditujukan utk lelaki yang menceraikan isterinya ketika haid:
مره فليراجعها ثم ليطلقها طاهرا او حاملا
“Suruhlah dia rujuk semula dan ceraikan wanita itu dalam keadaan suci atau hamil.” (Hr Muslim)
Hadis ini menunjukkan hukum hamil adalah sama dgn suci. Iaitu boleh dijatuhkan cerai. Ini menunjukkan darah yg keluar ketika hamil bukanlah darah haid.
Pendapat yang ditarjihkan
Pendapat yang dipilih oleh pengarang kitab أحكام المرأة الحامل في الشريعة الإسلامية Yahya Abdurrahman al-Khotib adalah pendapat yang kedua yg berpendapat darah yang keluar waktu hamil bukanlah darah haid dan ia adalah darah istihadah.
Ini dikuatkan lagi dari segi perubatan moden. Dr Muhyiddin Kahalah pakar bedah dan pakar penyakit puan dan peranakan O&G menyatakan bahwa darah tersebut bukanlah darah haid. Adapun sebab-sebab darah keluar pada masa hamil adalah berdasarkan sebab-sebab berikut:
darah keluar dr org hamil sebab pecahnya kantung ovum yg berlaku ketika 2 minggu kandungan.
Darah keluar kerana merembes ovum di dinding rahim sehingga memberi kesan kpd dinding rahim yg menyebabkan pendarahan. Ini selepas 3 minggu kandungan.
Turun darah berterusan dari 3 hingga 9 minggu yg awal kandungan dengan sebab janin tidak memenuhi ruang rahim.
Pendarahan berlaku dengan sebab berlaku radang leher rahim.
Pendarahan berlaku dengan sebab pendagingan di leher rahim.
Luka pada uri janin yg menyebabkan pendarahan.
kanser.
Pendarahan berlaku apabila kandungan tabung uji dan rahim menjadi kosong.
Rujukan: أحكام المرأة الحامل في الشريعة الإسلامية oleh Yahya Abdurrahman al-Khotib

Hukum Orang Kafir Membaca Al Quran


Pengarang kitab فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن Dr Ahmad Salim menyebut dalam kitabnya seperti berikut:


Terdapat dua pendapat dalam perkara ini:
Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah dari orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali.

Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.

Ini adalah mazhab Syafie. Pengarang kitab حاشية البجيرمي mensyaratkan supaya orang kafir tersebut diharap untuk masuk Islam. (kalam Dr Ahmad)

Apabila dilihat dalam kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie ditemui seperti berikut:
Imam Ramli dalam kitabnya نهاية المحتاج berkata:“Orang kafir tidak ditegah untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.”

Pengarang kitab مغني المحتاج Imam Muhammad as-Syarbini telah berkata:
“ Perkara kedua yang dilarang bagi orang berjunub adalah membaca al-Quran bagi orang muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi.”

Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب :
“Tidak ditegah orang kafir berjunub untuk duduk di mesjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang berhaid dan bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid.”

Kalau kita lihat, sebab kepada tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah sebab yang sama iaitu mereka tidak percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan orang kafir adalah berdasarkan hadis yang mana Nabi saw telah menahan orang-orang musyrikin di masjid. Hukum orang kafir boleh cari dalam arkib.
Rujukan: فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن oleh Dr Ahmad Salim, نهاية المحتاج oleh Imam Ramli, مغني المحتاج oleh Imam Muhammad as-Syarbini dan حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب oleh al-Bujairimi.


Monday, April 27, 2009

Polimer Polifenol

Dianggarkan satu daripada 10 rakyat Malaysia yang berada di pertengahan umur mempunyai diabetes dan satu daripada lima mempunyai pra-diabetes.Jumlah penghidap pra-diabetes juga akan meningkat bila rakyat meningkat usia dan berat badan.Pra-diabetes bukan sahaja berisiko untuk menghidap diabetes tetapi juga serangan jantung, angin ahmar, kegagalan buah pinggang, kebutaan, kerosakan saraf dan pemotongan anggota badan.Risiko untuk anda mendapat serangan jantung atau angin ahmar adalah antara dua ke empat kali lebih tinggi berbanding mereka yang sihat. Ianya 1.5 kali lebih tinggi jika anda menghidap pra-diabetes.
Ketahanan Insulin
Pra-diabetes dan diabetes jenis kedua biasanya bermula dengan kerentanan insulin. Takat gula darah (glukosa) dalam badan dikawal atur oleh insulin, sejenis hormon yang dikeluarkan dalam pankreas.Insulin membantu membawa glukosa dari darah melalui membran sel dan kemudiannya masuk ke dalam sel badan.Selagi membran sel sensitif terhadap insulin, pergerakan ulang-alik glukosa ke dalam sel berlaku dengan cepat.Apabila membran sel tidak sensitif (juga dikenali sebagai kerentanan insulin), pankreas terpaksa mengepam keluar lebih banyak insulin untuk memaksa glukosa masuk ke dalam sel.Kesannya ialah peredaran gula darah yang tinggi menjadi biasa. Lama kelamaan pankreas tidak lagi berupaya untuk mengeluarkan insulin dengan cukup untuk mengawal gula darah dan diabetes jenis kedua akan terbentuk.
Sebelum didiagnosis sebagai pesakit diabetes, anda mempunyai keadaan yang dikenali sebagai pra-diabetes.Keadaan ini berlaku apabila takat gula darah anda lebih tinggi daripada biasa tetapi tidak cukup tinggi untuk dianggap diabetes dan kebanyakan orang tidak menyedarinya.Pemakanan yang sihat, senaman dan mengambil suplemen boleh mencegah atau melambatkan masa mula diabetes dan mengurangkan risiko komplikasi.
Pati kayu manis
Ahli kimia di Jabatan Pertanian US (USDA), Dr. Richard Anderson menemui sejenis kelas bahan larut air dalam kayu manis yang dikenali sebagai polimer Polifenol Jenis-A dengan keupayaannya untuk meningkatkan aktiviti insulin sebanyak 20 kali ganda.
Sifat peningkatan insulin kayu manis akan mendatangkan faedah kepada individu yang mempunyai takat gula tinggi (pra-diabetes dan diabetes).Pada Jun 2006, satu kajian menunjukkan pengambilan suplemen pati kayu manis boleh membantu mengawal takat gula darah bagi individu yang mengalami diabetes jenis kedua.Dalam kajian ini, 79 pesakit diabetes mengambil suplemen tiga kali sehari.
Selepas empat bulan, takat gula darah berpuasa mereka bertambah baik sebanyak 10.3 peratus.Pada Oktober 2006, suatu kajian dikemukakan pada sidang Kolej Pemakanan Amerika ke-47, menunjukkan pati kayu manis larut air mungkin mendatangkan kesan antioksidan dalam mengurangkan kerosakan radikal bebas yang berkaitan dengan takat gula darah tinggi.
Kajian ini juga menunjukkan pengawalan gula darah yang bertambah baik. Hasil kajian tersebut seterusnya menyokong peranan pati kayu manis dalam membantu mereka yang mengalami gangguan fungsi insulin dan pra-diabetes.Polimer Polifenol Jenis A pati kayu manis larut air adalah 70 peratus lebih berkesan daripada kayu manis asli itu sendiri dan ia mengelakkan kesan alahan sampingan berbahaya yang mungkin berlaku apabila mengambil dos kulit kayu manis asli yang tinggi.
Pati Banaba
Beberapa jenis tumbuhan perubatan dari India, China dan Jepun juga telah digunakan untuk merawat diabetes. Salah satu yang ditemui adalah asid korosolik dari daun pokok Banaba (Lagestroemic specious).Profesor Sains Farmaseutikal, Fakulti Perubatan Universiti Hiroshima Jepun, Dr. Yamazaki telah mengkaji kesan asid korosolik yang seakan insulin sifatnya.Kajian beliau menunjukkan asid korosolik mengaktifkan pengangkutan gula darah melintasi membran sel ke dalam sel menghasilkan penurunan gula darah.
Kajian klinikal di Amerika Syarikat dan Jepun menunjukkan asid korosolik adalah selamat digunakan dan berkesan dalam penurunan takat gula darah bagi pra-diabetes dan diabetes jenis kedua.
Mengawal gula darah*
Secara berasingan, pati kayu manis dan Banaba menambah sensitiviti insulin yang membantu dalam penurunan takat gula darah, tetapi apabila keduanya digabungkan, keduanya bertindak dengan lebih berkesan.Kebanyakan kaji selidik ke atas kayu manis melibatkan penggunaan pati larut air yang dipiawaikan untuk mengandungi Trimerik dan Polimer Tetramerik Jenis-A (polimer polifenol Jenis A) dan bagi Banaba, ia adalah dipiawaikan untuk mengandungi satu peratus asid korosolik.
*Suplemen tersebut harus diambil bersama dengan ubat dan tidak digunakan untuk menggantikan ubat dan nasihat doktor.Jika anda mempunyai risiko pra-diabetes, sila berjumpa doktor untuk menjalankan ujian darah. Walaupun anda beranggapan tidak mempunyai risiko, pakar menasihatkan mereka yang berusia lebih 35 tahun untuk membuat pemeriksaan takat gula darah mereka setiap tahun.Akan tetapi, jika anda tahu anda mempunyai pra-diabetes, anda masih boleh mencegah diabetes berlaku pada peringkat awal dan mengurangkan kerosakan kepada badan anda melalui perubahan gaya hidup, pemakanan, bersenam dan juga mengambil suplemen seperti pati kayu manis dan Banaba yang dipiawaikan.
Walaupun banyak faedah diperkatakan mengenai kayu manis dan Banaba, anda harus juga mengetahui kepentingan untuk mengambil suplemen multivitamin dan mineral yang baik yang telah diformulasikan khas bagi pesakit dan individu pra-diabetes demi memelihara kesihatan optimum dan mencegah penyakit.Contoh paling tepat adalah zat makanan utama yang diperlukan dalam kuantiti lebih tinggi oleh pesakit diabetes daripada kuantiti dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa - Vitamin B1, B6,B12, Biotin, Niasinamid, Vitamin C, Vitamin E, Manganese, Vanadium, Zink, Kromium dan Selenium.Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik, sejenis antioksidan sejagat yang boleh berfungsi dalam kawasan sel-sel berair dan berlemak.

Keutamaan Kurma Madinah


Keutamaan Kurma MadinahRasulullah(s.a.w) bersabda: "Barangsiapa di waktu pagi makan 7 biji kurma dari kedua labah(iaitu batas sebelah timur dan barat) ia tidak akan kena racun(sihir) sepanjang hari. (Shahih Muslim:2047)

Kurma Ajwa atau lebih dikenali oleh masyarakat di Malaysia sebagai Kurma Nabi.

Wednesday, April 1, 2009

Badar

Salam info, Jarak antara bandar Yanbu dan Madinah ini lebih kurang 250km. Sekiranya kita dalam perjalanan dari Madinah ke Yanbu, kita akan melalui tempat bersejarah iaitu Badar. Cuba lihat pemandangan tempat ini, iaitu sempadan antara bukit yang diliputi pasir dan bukit batu.

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Heart Attack

Melegakan derita sakit urat

Resdung