Dianggarkan satu daripada 10 rakyat Malaysia yang berada di pertengahan umur mempunyai diabetes dan satu daripada lima mempunyai pra-diabetes.Jumlah penghidap pra-diabetes juga akan meningkat bila rakyat meningkat usia dan berat badan.Pra-diabetes bukan sahaja berisiko untuk menghidap diabetes tetapi juga serangan jantung, angin ahmar, kegagalan buah pinggang, kebutaan, kerosakan saraf dan pemotongan anggota badan.Risiko untuk anda mendapat serangan jantung atau angin ahmar adalah antara dua ke empat kali lebih tinggi berbanding mereka yang sihat. Ianya 1.5 kali lebih tinggi jika anda menghidap pra-diabetes.
Ketahanan Insulin
Pra-diabetes dan diabetes jenis kedua biasanya bermula dengan kerentanan insulin. Takat gula darah (glukosa) dalam badan dikawal atur oleh insulin, sejenis hormon yang dikeluarkan dalam pankreas.Insulin membantu membawa glukosa dari darah melalui membran sel dan kemudiannya masuk ke dalam sel badan.Selagi membran sel sensitif terhadap insulin, pergerakan ulang-alik glukosa ke dalam sel berlaku dengan cepat.Apabila membran sel tidak sensitif (juga dikenali sebagai kerentanan insulin), pankreas terpaksa mengepam keluar lebih banyak insulin untuk memaksa glukosa masuk ke dalam sel.Kesannya ialah peredaran gula darah yang tinggi menjadi biasa. Lama kelamaan pankreas tidak lagi berupaya untuk mengeluarkan insulin dengan cukup untuk mengawal gula darah dan diabetes jenis kedua akan terbentuk.
Sebelum didiagnosis sebagai pesakit diabetes, anda mempunyai keadaan yang dikenali sebagai pra-diabetes.Keadaan ini berlaku apabila takat gula darah anda lebih tinggi daripada biasa tetapi tidak cukup tinggi untuk dianggap diabetes dan kebanyakan orang tidak menyedarinya.Pemakanan yang sihat, senaman dan mengambil suplemen boleh mencegah atau melambatkan masa mula diabetes dan mengurangkan risiko komplikasi.
Pati kayu manis
Ahli kimia di Jabatan Pertanian US (USDA), Dr. Richard Anderson menemui sejenis kelas bahan larut air dalam kayu manis yang dikenali sebagai polimer Polifenol Jenis-A dengan keupayaannya untuk meningkatkan aktiviti insulin sebanyak 20 kali ganda.
Sifat peningkatan insulin kayu manis akan mendatangkan faedah kepada individu yang mempunyai takat gula tinggi (pra-diabetes dan diabetes).Pada Jun 2006, satu kajian menunjukkan pengambilan suplemen pati kayu manis boleh membantu mengawal takat gula darah bagi individu yang mengalami diabetes jenis kedua.Dalam kajian ini, 79 pesakit diabetes mengambil suplemen tiga kali sehari.
Selepas empat bulan, takat gula darah berpuasa mereka bertambah baik sebanyak 10.3 peratus.Pada Oktober 2006, suatu kajian dikemukakan pada sidang Kolej Pemakanan Amerika ke-47, menunjukkan pati kayu manis larut air mungkin mendatangkan kesan antioksidan dalam mengurangkan kerosakan radikal bebas yang berkaitan dengan takat gula darah tinggi.
Kajian ini juga menunjukkan pengawalan gula darah yang bertambah baik. Hasil kajian tersebut seterusnya menyokong peranan pati kayu manis dalam membantu mereka yang mengalami gangguan fungsi insulin dan pra-diabetes.Polimer Polifenol Jenis A pati kayu manis larut air adalah 70 peratus lebih berkesan daripada kayu manis asli itu sendiri dan ia mengelakkan kesan alahan sampingan berbahaya yang mungkin berlaku apabila mengambil dos kulit kayu manis asli yang tinggi.
Pati Banaba
Beberapa jenis tumbuhan perubatan dari India, China dan Jepun juga telah digunakan untuk merawat diabetes. Salah satu yang ditemui adalah asid korosolik dari daun pokok Banaba (Lagestroemic specious).Profesor Sains Farmaseutikal, Fakulti Perubatan Universiti Hiroshima Jepun, Dr. Yamazaki telah mengkaji kesan asid korosolik yang seakan insulin sifatnya.Kajian beliau menunjukkan asid korosolik mengaktifkan pengangkutan gula darah melintasi membran sel ke dalam sel menghasilkan penurunan gula darah.
Kajian klinikal di Amerika Syarikat dan Jepun menunjukkan asid korosolik adalah selamat digunakan dan berkesan dalam penurunan takat gula darah bagi pra-diabetes dan diabetes jenis kedua.
Mengawal gula darah*
Secara berasingan, pati kayu manis dan Banaba menambah sensitiviti insulin yang membantu dalam penurunan takat gula darah, tetapi apabila keduanya digabungkan, keduanya bertindak dengan lebih berkesan.Kebanyakan kaji selidik ke atas kayu manis melibatkan penggunaan pati larut air yang dipiawaikan untuk mengandungi Trimerik dan Polimer Tetramerik Jenis-A (polimer polifenol Jenis A) dan bagi Banaba, ia adalah dipiawaikan untuk mengandungi satu peratus asid korosolik.
*Suplemen tersebut harus diambil bersama dengan ubat dan tidak digunakan untuk menggantikan ubat dan nasihat doktor.Jika anda mempunyai risiko pra-diabetes, sila berjumpa doktor untuk menjalankan ujian darah. Walaupun anda beranggapan tidak mempunyai risiko, pakar menasihatkan mereka yang berusia lebih 35 tahun untuk membuat pemeriksaan takat gula darah mereka setiap tahun.Akan tetapi, jika anda tahu anda mempunyai pra-diabetes, anda masih boleh mencegah diabetes berlaku pada peringkat awal dan mengurangkan kerosakan kepada badan anda melalui perubahan gaya hidup, pemakanan, bersenam dan juga mengambil suplemen seperti pati kayu manis dan Banaba yang dipiawaikan.
Walaupun banyak faedah diperkatakan mengenai kayu manis dan Banaba, anda harus juga mengetahui kepentingan untuk mengambil suplemen multivitamin dan mineral yang baik yang telah diformulasikan khas bagi pesakit dan individu pra-diabetes demi memelihara kesihatan optimum dan mencegah penyakit.Contoh paling tepat adalah zat makanan utama yang diperlukan dalam kuantiti lebih tinggi oleh pesakit diabetes daripada kuantiti dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa - Vitamin B1, B6,B12, Biotin, Niasinamid, Vitamin C, Vitamin E, Manganese, Vanadium, Zink, Kromium dan Selenium.Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik, sejenis antioksidan sejagat yang boleh berfungsi dalam kawasan sel-sel berair dan berlemak.
No comments:
Post a Comment