Tuesday, May 26, 2009

Halia(ginger) dan Faedah Pengubatan



Halia(bhs arab: zanjabil) sudah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu di benua Asia terutama China dan India sebagai herba yang mempunyai kuasa penyembuh atau "healing powers". Berbeza dengan herba yang lain, bahagian yang mempunyai faedah penyembuhannya tumbuh di dalam tanah dan diambil dari bumi. Ramai yang beranggapan bahawa halia yang berada di dalam tanah itu sebenarnya adalah akar, tetapi ia sebenarnya adalah "isi" atau "hasil" dari tumbuhan tersebut. Dalam pada itu, minyak yang terkandung dari isi halia itulah yang memiliki faedah yang tidak terkira.
Telah banyak kajian dijalankan oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara yang mendapati halia mempunyai banyak faedah kesihatan dan ia juga berfungsi sebagai ubat.
Dalam masakan, ia ditambah sebagai penambah perasa dan ia boleh melembutkan daging yang dimasak. Begitu juga di dalam tubuh, apabila memakannya, ia berfungsi memecahkan lemak-lemak makanan dan membantu sistem penghadaman memecahkan protin dan menghadamkan daging.
Dari segi perubatan, ia memecahkan gas di dalam perut yang membawa masalah kembung perut disebabkan angin (gas). Selain itu, ia sebagai herba anti-inflammatory - merawat kecederaan dalaman. Ia sesuai juga untuk merawat penyakit arthritis dan demam.
Ia bertindak untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu merawat migrain serta penyakit darah tinggi. Ada juga kajian yang mendapati ia dapat menurunkan kadar kolesterol dengan cara menyerap lemak-lemak di dalam badan dan menyahtoksik tubuh secara dalaman.
Dalam satu kajian terhadap haiwan di makmal, halia membuktikan ia dapat memperlahankan atau menghalang pembentukan tumor. Potensinya sama atau lebih baik dari dadah kimoterapi yang digunakan untuk merawat pesakit kanser.
Halia boleh dimakan secara mentah, atau dicampur di dalam minuman seperti teh. Teh halia adalah salah satu dari minuman kegemaran saya, rasa halia yang sedikit pedas dan sensasi, ditambah pula dengan potensi pengubatan yang terdapat di dalamnya serta perisa teh kesukaan, ia tidak dapat ditandingi oleh mana-mana minuman lain yang pernah saya rasai.
Berikut resepi biasa Teh Halia yang selalu saya amalkan di rumah:
  1. ambil sepotong 1cm² x 2cm² halia
  2. kupas kulitnya, masukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk sehingga hancur (saya boleh gunakan pengisar tetapi lesung batu lebih mudah untuk kuantiti yang sekecil ini)
  3. masukkan halia yang telah hancur tadi termasuk minyaknya ke dalam cawan berisi air panas
  4. masukkan uncang teh kegemaran anda ke dalam cawan tersebut
  5. tambah gula organik secukup rasa
  6. kacau sehingga warna teh kekuningan
  7. sedia untuk diminum dan rasailah kehebatan citarasanya...

No comments:

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Heart Attack

Melegakan derita sakit urat

Resdung