Saturday, May 23, 2009

Keajaiban dalam Rahim lbu- Oleh:Harun Yahya




Jika kita meneliti uniknya penciptaan manusia,
menyedarkan kita bahawa penglihatan dan pendengaran
adalah nikmat besar yang Allah berikan kepada manusia

Makhluk hidup satu sel adalah tidak terhitung jum?lahnya mendiami bumi ini. Semua makhluk sel satu ini berkembang biak dengan membelah diri, dan membentuk salinan yang sama seperti diri mereka sendiri ketika pembelahan ini terjadi. Embrio yang berkembang dalam rahim ibu juga memu?lai hidupnya sebagai makhluk satu sel, dan sel ini memperban?yak diri dengan cara membelah diri, dengan kata lain mem?buat salinan dirinya sendiri. Dalam keadaan ini, tanpa adanya perencanaan khusus, sel-sel yang akan berkembang menjadi bayi yang belum lahir ini akan memiliki bentuk yang sama. Dan apabila ini terjadi, maka yang akhirnya muncul bukan?lah wujud manusia, melainkan gumpalan daging tak berben?tuk. Tapi ini ticlaklah terjadi kerana sel-sel tersebut membelah dan memperbanyak diri di bawah perencanaan dan kendalian yang Maha Kuasa.

Sel yang Sama Membentuk Organ yang Berbeza

Sperma dan sel telur bertemu, dan kemudian bersatu membentuk sel tunggal yang disebut zigot. Satu sel tunggal ini merupakan asal mula manusia. Sel tunggal ini kemudian membelah dan memperbanyak diri. Beberapa minggu setelah penyatuan sperma dan telur ini, sel-sel yang terbentuk mulai membesar berbeza antara satu sama lain dengan mengikuti perintah rahsia yang diberikan kepada mereka. Sungguh satu keajaiban yang luar biasa apabila sel-sel ini mulai membentuk organ dalam, rangka badan dan otak.

Sel-sel otak mulai terbentuk pada dua celah kecil di salah satu hujung embrio. Sel sel otak akan berkembang biak den?gan cepat di sini. sebagai hasilnya, bayi akan memiliki sekitar sepuluh bilion sel otak. Ketika pembentukan sel-sel otak ber?laku, 100,000 sel baru ditambahkan pada kumpulan sel ini se?tiap saat.

Masing-masing sel baru yang terbentuk berperilaku se?olah-olah tabu di mana ia harus meletakkan diri, dan dengan sel mana saja ia harus membuat sambungan. Setiap sel men?emukan tempatnya masing-masing. Dari jumlah kemungki?nan sambungan yang tak terbatas, ia mampu menyambungkan diri dengan sel yang tepat. Terdapat seratus trilion sambungan dalam otak manusia. Agar sel-sel otak dapat membuat trilion sambungan ini dengan tepat, mereka perlu menunjukkan kecerdikan yang jauh melebihi tahap kecerdikan manusia. Se?dangkan hakikatnya sel tidak dibekalkan dengan akal clan ke?cerdikan sama sekali.

Bahkan tidak hanya berlaku pada sel otak, Setiap sel yang membelah dan memperbanyak diri pada embrio akan me?lepaskan diri daripada tempat asalnya terbentuk, dan menuju ke kedudukan yang harus ia diami. Setiap sel menemukan tem?pat yang telah ditetapkan untuknya, dan dengan sel mana pun mereka perlu bergabung, mereka akan mengerjakannya.

Lalu, siapakah yang menjadikan sel-sel yang tak memiliki akal fikiran tersebut mengikuti perancangan yang amat teliti ini?

Profesor Cevat Babuna, bekas Dekan Fakulti Kedoktoran, Ginekologi dan Kebidanan, Universiti Istanbul, Turki, mem?beri komen: "Bagaimana semua sel yang sama dan serupa ini bergerak menuju tempat yang berbeza, seolah-olah mereka se?cara mengejut mendapat perintah daripada suatu tempat, dan berusaha agar benar benar terbentuk organ-organ yang sung?guh berbeza?

Hal ini jelas menunjukkan bahawa sel yang tidak mengetahui apa yang akan mereka kerjakan, yang memiliki ge?netik dan DNA yang sama, tiba-tiba menerima perintah dari suatu sumber, sebahagian daripada mereka membentuk otak, sebahagian lagi membentuk hati, dan sebahagian yang lain membentuk organ yang lain pula.

No comments:

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Heart Attack

Melegakan derita sakit urat

Resdung