Tuesday, February 9, 2010

Diet rendah lemak dan kolesterol

Amalan diet yang sihat dapat mencegah kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi di dalam badan. Namun pada masa kini, dengan perkembangan industri pemprosesan makanan yang pesat, banyak produk-produk di pasaran yang boleh memudaratkan kesihatan. Tambahan lagi, dengan kesibukan setiap individu dengan urusan kerjaya masing-masing, ramai di kalangan kita lebih gemar memakan masakan luar yang kebanyakannya mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
Jenis-jenis makanan yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi adalah:
  1. makanan segera seperti yang dijual di McDonald, Kentucky Fried Chicken etc
  2. makanan yang digoreng dengan minyak haiwan
  3. organ-oragan dalaman seperti hati, usus, perut etc
  4. makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi seperti produk susu penuh krim, daging, kuning telur, santan kelapa, minyak kelapa, mentega dan makanan berkrim
  5. makanan yang mengandungi bahan pengawet dan perisa yang tinggi seperti snek, makanan segera, kek dan biskut berkrim

Untuk mengawal kandungan kolesterol dan lemak(triglyceride) di dalam badan, kita digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi lemak tak tepu yang tinggi. Lemak tak tepu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu ‘monounsaturated fat’ dan ‘polyunsaturated fat’.
‘Monounsaturated fat’ didapati mampu untuk menurunkan paras ‘LDL cholesterol’ di dalam darah. Antara makanan yang mengandungi ‘monounsaturated fat’ yang tinggi ialah:
  • mentega kacang
  • minyak olive, kacang dan sesame
  • kacang gajus, badam, pistachios dan pecan
  • avocado
‘Polyunsaturated fat’ pula didapati mampu untuk menurunkan ‘LDL cholesterol’ dan lemak(triglyceride), dan menaikkan ‘HDL cholesterol’ di dalam darah. Antara makanan yang mengandungi ‘polyunsaturated fat’ ialah:
  • minyak ikan (omega-3 faty acids)
  • ikan tuna,salmon dan mackerel
  • minyak bunga matahari, jagung dan kacang soya
  • biji bunga matahari dan labu
Menurut program yang dijalankan oleh National Cholesterol Education Program di Amerika, kita dinasihatkan untuk:
  1. mengambil ‘monounsaturated fat <20% daripada jumlah keperluan kalori harian
  2. mengambil ‘polyunsaturated fat’ <10% daripada jumlah keperluan kalori harian
  3. mengambil lemak tepu (saturated fat) <7% daripada jumlah keperluan kalori harian.

No comments:

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Heart Attack

Melegakan derita sakit urat

Resdung