Di dalam ajaran Islam jawa terdapat empat jenis nafas iaitu nafas, anfas, anfas dan nufus. Dalam bahasa Jawa diucapkan “napas, tanapas, anpas,nupus”
Napas: merupakan tali tubuh dan berada di dalam hati suweda. Hati yang menghubungkan fikiran yang suci. kewujudannya adalah udara yang keluar dari badan. Dalam istilah biologi, nafas yang ada dalam hati suweda ini menjadi udara yang mengandungiCO2. Udara ini secara normal keluar dari tubuh dengan sendirinya. Dengan keluarnya Co2 ini dari tubuh badan menjadikan fikiran bersih.
Tanapas: merupakankan tali hati. Nafas yang mengikat hati sirri (rasa hati). Bersumberkan dari perasaan hati yang jernih. Kedudukan nafas ini ada di daerah pusat. Kewujudandari tanapas ini adalah udara segar yang masuk ke dalam tubuh.Jadi tujuan menarik nafas dalam-dalam ketika berolahraga bertujuan untuk memasukkan udara bersih atau oksigen bagi melakukan pembakaran di dalam tubuh kita sehingga daya dan tenaga baru dihasilkan.
Anpas: merupakan tali ruh. Tali yang mengikat ruh dengan badan jasmani.Letak anpas adalah di jantung. Kewujudannya adalah udara yang ada di dalam tubuh. Apabila dilakukan secara berturutan pertama kali nafas dihembus keluar terlebih dahulu supaya zat kekotoran yang berupa udara tersingkir dari tubuh badan. Kemudian tarik nafas secara dalam-dalam dan ditahan sejenak didalam. baru kemudian dilepaskan secara perlahan-lahan. Jadi udara yang ditahan itu merupakan perwujudan dari anpas.
Nupus: merupakan tali rasa dan berada di tengah-tengah jantung iaitu dibahagian jantung yang berwarna putih. ianya befungsi sebagai jembatan jantung yang menghubungkan rasa dengan atma. Kewujudannya adalah udara yang bergerak dari kiri ke kanan meliputi seluruh tubuh jasmani dan rohani. dalam bahasa biologi darah yang mengandungi oksigen ( dari udara bersih paru-paru) keluar dari ventrikel kiri jantung melalui pembuluh darah aorta dan beredar ke seluruh tubuh.
No comments:
Post a Comment