عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Tuesday, July 6, 2010
Daun Kaduk( Piper sarmentosum)
Tidak dinafikan dibumi yang begini subur terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, dan ada diantranya yang baik untuk kesihatan, tak kiralah pokok tersebut terbiar ditepi-tepi longkang ataupun yang biasa ditanam dan dijaga dengan baik.
Dan biasanya pokok-pokok yang menjadi hiasan di halaman atau dalam rumah kita, sememangnya mempunyai khasiat pada sudut perubatan herba yang mungkin selama ini tidak kita ketahui.
Mungkin sesetangah daripada kita mengetahui hakikat tersebut atau kelebihannya. Sebab itulah pokok tersebut ditanan kerana mudah apabila hendak digunakan dan kita tidak perlu meredah hutan atau kampung untuk mendapatkannya.
Tetapi rasanya lebih ramai dikalangan kita yang lebih mengetahui kegunaan tumbuhan itu sekadar untuk hiasan halaman rumah sahaja. Antara pokok tersebut adalah kadok atau nama saintifiknya, Piper sarmentosum. Daunnya seperti daun sirih tetapi lebih lembut. Kehijauannya agak lebih tua dan rasanya sedikit pedar dan pedas.
Menurut Pegawai Penyelidik MARDI Hilir Perak Mihd Jelani Bahaudin, terdapat banyak khasian sama ada pada sudut penjagaan kesihatan dan juga rawatan penyakit tertentu.
Ini adalah berdasarkan pertemuaan saya dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional dan mereka yang mengamalkannya.
“Malah, pucuk pokok kadok turut digunakan sebagai ulam. Daunnya pula digunakan sebagai bahan penyedap dalam masakan lemak,” katanya. Beliau yang ditemui baru-baru ini menyatakan, antara khasiat yang agak popular adalah untuk merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan skit dalam tulang, batuk dan panau.
Tambahanya lagi, kebayakan cara rawatan penyakit tersebut kecuali cacing, panau dan batuk, adalah merebus seluruh pokok kaduk tersebut, bersama akarnya sekali dan rebus sehingga mendidih.
“Bila sudah mendidih sejukkan sekejap hingga ia sudah menjadi agak suam sedikit, ambil air rebusan tersebut tan minulah perlahan-lahan,” kata Mohd Jelani lagi. Tetapi bagi merawat cacing dalam perut, ujar beliau adalah dengan mengambil beberapa helai daun kaduk yang segar.
“Daun-daun tersebut diramas-ramas setelah itu, dicampurkan dengan air. Kemudian, siramkan air itu keseluruh badan,” katanya.
Bagi batuk pula beliau menyatakan caranya ialah ambil beberapa helai daun kaduk - kisarkannya dengan sedikit air sehingga agak lumat dan setelah itu, ambil daun yang telah dikisarkan untuk disapukan pada leher. Sama juga untuk merawat penyakit panau. Jelas Mohd Jelani, ambil beberapa helai daunnya untuk ditumbuk sehingga lumat.
“Kemudian pupukkannya pada bahagian yang dijangkiti panau tersebut,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment