Friday, July 16, 2010

Peluh - pheromone

Peluh berlebihan yang dimaksudkan ialah seseorang itu akan melihat tanda-tanda seperti tapak tangan kerap basah, bahagian atas dahi, hujung hidung dan bahagian antara bibir dan hidung berpeluh, ketiak basah dan sebagainya. Perkara ini harus dipandang serius kerana ini adalah salah satu simptom terhadap kelemahan organ dan sistem tertentu pada tubuh.

Kesan seperti ini menimbulkan beberapa kerumitan kerana seseorang terpaksa kerap mencuci cadar dan selimut kerana tempat tidur selalu basah setiap kali tidur. Pakaian terpaksa ditukar selalu dan tidak dapat disangkut kerana berpeluh. Sekiranya kandungan toksid atau urik asid berlebihan di dalam badan, peluh yang keluar akan berbau. Bau disebabkan oleh bakteria yang membiak di kawasan lembab dan berprotein (peluh juga mengeluarkan protein).

Kesan terhadap prestasi pekerjaan seharian juga akan terjejas. Contohnya menjejaskan kawalan pemanduan kenderaan kerana stereng licin dan sebagainya.

Kelenjar Peluh

Terdapat dua jenis kelenjar peluh iaitu eccrine dan apocrine.

Liang peluh eccrine terdapat di seluruh badan dan liang peluh apocrine hanya terdapat di bahagian orgen seksual seperti atas bibir, payu dara (wanita) dan pangkal peha (bawah dan sekitar bahagian alat kelamin). Perbezaan fizikal ialah apocine mempunyai liang yang lebih besar daripada eccrine. Eccrine mempunyai saluran peluh terus ke permukaan kulit manakala apocrine mempunyai saluran peluh yang keluar melalui liang bulu roma.

Kelenjar eccrine mengeluarkan peluh yang mengandungi bahan kumuh yang berupa toksik, urik asid. Bahan-bahan ini boleh membentuk habitat sementara bakteria tertentu. Oleh itu, peluh yang dirembeskan oleh kelenjar eccrine adalah punca bau busuk pada tubuh. Tempat yang paling terjejas ialah di bawah ketiak kerana terlindung daripada peredaran udara dan hangat. Masalah toksik yang keluar berlebihan melalui kelenjar eccrine disebabkan terdapatnya kelemahan di bahagian kawalan urik asik iaitu kelenjar Pankreas (CL 15)

Kelenjar apocrine mengeluarkan peluh yang mengandungi pheromone semula jadi manusia. Pheromone semula jadi manusia ini mengandungi cas elektromanatik yang meruap untuk membawa isyarat komunikasi mutlak antara seseorang dengan seseorang yang lain dengan amat berkesan. Pheromone semulajadi ini lebih dikenali sebagai hormon daya penarik. Pheromone tidak membentuk habitat yang boleh menyebabkan polulasi bakteria tidak terkawal. Oleh itu, bakteria berbahaya hampir tidak terdapat di kawasan kelenjar apocrine (sebaliknya cuma maisma yang membantu kekuatan pheromone). Seseorang yang sihat atau mempunyai kadar penghasilan pheromone yang seimbang (walaupun kepada mereka yang ada masalah peluh berlebihan), tidak akan berbau busuk malah kehadiranya di mana-mana akan disenangi oleh orang di sekeliling. Kadar penghasilan pheromon yang baik ditentukan oleh sistem endokrin yang sihat terutama hormon pembiakan (CL 16).

Punca Peluh Berlebihan

Peluh akan keluar disebabkan kelenjar peluh mendapat isyarat bahawa terdapat bahan buangan atau air berlebihan untuk dibebaskan. Isyarat ini diterjemahkan daripada pengaliran jantung (CL 11) yang deras (walaupun tanpa rasa berdebar (CL 8) ). Tanda bagi mereka yang mengalami masalah ini dapat dilihat daripada tidur yang berdengkur atau kerap berdengkur dengan terlalu kuat.

Kalori terhasil daripada peleraian ikatan air H2O dan lemak berkarbohidrat. Kalori yang dibakar dengan sempurna akan menyababkan kandungan darah menjadi cair dan akan menyebabkan darah mengalir deras. Kandungan kalori yang tinggi disebabkan oleh pengambilan diet yang tidak sihat atau belebihan. Biasanya mereka yang obesiti atau mereka yang kerap makan tetapi berat badan tidak meningkat akan mengalami masalah pembakaran kalori walaupun tanpa bersenam atau melakukan kerja berat. Seseorang yang makan berlebihan tetapi berat badan tidak meningkat disebabkan oleh kandungan steroid tanin yang tinggi dalam darah. Steroid tanin banyak terdapat dalam air teh dan berfungsi menyingkirkan air daripada lemak.

Rawatan Masalah Peluh Berlebihan

Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal yang dilakukan oleh rawatan klasik (allopathic medicine) untuk melakukan pembedahan untuk menutup saluran kelenjar eccrine. Menutup kelenjar eccrine melalui pembedahan tidak dapat menyelesaikan masalah peluh berlebihan. Walaupun didapati peluh tidak keluar setelah pembedahan, tetapi air yang dibawa ke bahagian kulit akan terkumpul dan menyebabkan masalah kulit atau pengumpulan lemak yang lebih tepu. Sekiranya buah pinggang (CL 13) lemah, akan berlaku kebengkakan air di kawasan muka dan kaki. Air yang dikeluarkan daripada tubuh mengandungi toksik yang membahayakan tubuh. Peluh sebenarnya mengeluarkan bahan-bahan ini. Sekiranya pengeluarkannya disekat, darah akan tercemar dan beracun. Dalam tempoh jangka panjang, akan timbul masalah urik asid berlebihan dan pankreas (CL 15) akan terbeban.

Kaedah terbaik untuk merawat ialah dengan mencari punca supaya peluh tidak dikeluarkan berlebihan. Antara punca yang lazim ialah kerana jantung (CL 11) yang terganggu rentaknya disebabkan oleh perasaan risau. Sebab lain ialah kerana keaktifan luar biasa hati (CL 12) untuk menggunakan deposit kalori daripada pembakaran lemak
.
Apabila jantung telah dipertenagakan semula dengan Formula CL 11, ia akan kembali berdenyut dengan normal mengikut psikologi tubuh. Denyutan yang kencang hanya berlaku sekiranya terdapat penggunaan kalori berlebihan untuk digunakan sebagai stamina semasa bersukan atau bekerja.

Antara pengalaman salah seorang Pengamal Profesioanl Colour Vibration Therapy Dr. Aishah Arridza merawat pesakit yang menghadapi masalah peluh berlebihan yang beliau tulis dalam blog beliau bertajuk Excess Sweating.

Petua Merawat Masalah Peluh Berlebihan

Risau punca utama menyebabkan rentak jantung berdenyut dengan pantas. Rentak jantung boleh distabilkan dengan mengawal perasaan risau.

Semasa tidur mengereng di atas rusuk kiri, jantung akan berada dalam keadaan lapang dan tidak terhimpit. Tidur dengan cara mengereng ke kanan dapat mengatasi masalah denyutan kencang terhadap jantung.
Tanin akan memisahkan air dari lemak dan puca kepada darah mengandungi banyak air. Mengurangkan pengambilan teh dapat menurunkan kadar tanin di dalam darah.

Lemak menyimpan banyak air dalam tubuh. Lemak terjadi kerana tabiat makan yang tidak betul, antaranya berfikir ketika makan atau tidak berniat untuk makan. Kebanyakkan yang dilakukan oleh kita ialah makan dan minum bersulaman. Karborhidrat yang bercampur dengan air akan terus menjadi lemak. Minumlah setelah sekurang-kurangnya 10 minit mengambil makanan. Berniatlah (the low of attraction) untuk menjadikan setiap makanan yang dimakan akan mendatangkan manfaat untuk akal, tenaga, dan kesihatan tubuh melalui kaedah mempertenagakan sel dan persenyawaan DNA dan RNA. Oleh itu, pembentukan lemak berlebihan tidak berlaku.

No comments:

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Heart Attack

Melegakan derita sakit urat

Resdung